User manual

36
www.electrolux.com
Hanya gunakan kuantiti pelembut pakaian dan detergen yang disarankan.
Kerosakan kepada fabrik atau peralatan boleh berlaku jika anda terlebih
muatkan. Rujuk cadangan kuantiti daripada pengilang.
Jangan gunakan mesin pembasuh untuk membasuh barang dengan
tetulang, barang tanpa jahit tepi atau terkoyak.
Sentiasa cabut keluar plag perkakas dan matikan bekalan air selepas
digunakan, dibersihkan dan diselenggarakan.
Perkakas ini berat. Hendaklah berjaga-jaga semasa memindahkannya.
Semasa perkakas dikeluarkan daripada bungkusannya, periksa untuk
pastikan tiada kerosakan. Jika berasa ragu, jangan gunakannya dan
hubungilah Pusat Servis.
Semua bolt pengangkutan dan bahan pembungkusan mesti dikeluarkan
sebelum penggunaan. Kerosakan serius boleh berlaku kepada produk dan
kepada harta jika tidak mematuhi langkan ini. Lihat bahagian yang relevan
dalam manual pengguna ini.
Setelah memasang perkakas ini, periksa bahawa ia tidak berdiri di atas
hos saluran masuk dan saluran keluar, dan permukaan kerja tidak
menekan kabel bekalan elektrik pada dinding.
Jika mesin terletak di atas lantai berkarpet, sila laraskan kaki untuk
membenarkan udara beredar dengan bebas.
Sentiasa pastikan, bahawa tiada kebocoran air daripada hos dan
sambungannya selepas pemasangan.
Sebarang kerja paip untuk memasang perkakas ini harus dilakukan oleh
tukang paip berkelayakan.
Sebarang kerja elektrik untuk memasang perkakas ini harus dilakukan oleh
tukang elektrik berkelayakan.
Anda dilarang untuk memperbaiki mesin ini sendiri, walau dalam apa
keadaan sekali pun. Kerja-kerja pembaikan yang dijalankan oleh orang
yang tidak berpengalaman mungkin menyebabkan kecederaan atau
malfungsi yang serius. Hubungi Pusat Servis setempat anda.
1.2 PEMASANGAN
Alat ini tidak ditulukan untuk penggunaan orang (termasuk kanak-kanak)
yang kurang upaya fizikal,sensitiviti deria atau mental, atau kurang
pengalamandan pengetahuan, melainkan mereka telah diberi penyeliaan
atau arahan mengenai penggunaan alat ini oleh orang yang bertanggung-
jawab ke atas keselamatan mereka.