User manual

MELAYU 37
Mesin basuh ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak kecil
atau orang yang uzur tanpa penyeliaan.
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas tersebut.
Komponen pembungkusan (cth. lapik plastik, polistirena) boleh
membahayakan kanak-kanak - awas sesak nafas! Jauhkan daripada
capaian kanak-kanak.
Pastikan kanak-kanak atau haiwan peliharaan tidak memanjat masuk ke
dalam dram.
Simpan semua detergen di tempat yang selamat dan jauh daripada capaian
kanak-kanak.
Perkakas ini direka bentuk untuk kegunaan rumah. Jangan gunakannya
untuk tujuan selain daripada yang dimaksudkan.
Basuh fabrik yang ditujukan untuk dibasuh dengan mesin sahaja. Arahan di
label pakaian hendaklah dipatuhi.
Jangan memuatkan perkakas secara berlebihan. Lihat bahagian yang
relevan dalam manual pengguna ini.
Sebelum membasuh, pastikan semua poket dikosongkan dan butang serta
zip diketatkan. Elakkan daripada membasuh pakaian berbulu atau koyak
dan cuci kotoran seperti cat, dakwat, karat dan kesan rumput sebelum
pembasuhan. Coli berwayar bawah TIDAK boleh dibasuh dengan mesin.
Mesin basuh ini disediakan dengan fungsi keselamatan kanak-kanak ( )
untuk menghindari kanak-kanak daripada tertukar program basuh dengan
tidak sengaja. (Lihat halaman 42)
Pakaian yang telah tercemar dengan produk petrol mudah meruap tidak
boleh dibasuh dengan mesin. Jika cecair pembersihan mudah meruap
digunakan, berhati-hati untuk memastikan bahawa cecair tersebut ditang-
galkan daripada pakaian sebelum memasukkannya ke dalam mesin.
Jangan tarik kabel bekalan kuasa untuk mencabut palam daripada soket;
sentiasa pegang, palam dan cabut.
Jangan gunakan mesin basuh jika kabel bekalan kuasa, panel kawalan,
permukaan kerja atau tapak mesin rosak supaya bahagian dalam mesin
basuh tersebut boleh diakseskan.
1.3 PENGGUNAAN
1.4 KESELAMATAN KANAKKANAK