User manual

48
7. Di akhir program
Mesin berhenti secara automatik dan lampu butang
On/Off padam.
Jika anda menekan butang Tahan Bilas, mesin akan
berhenti dengan air dibiarkan di dalam tab, supaya
pakaian tidak renyuk. Untuk salir, pilih program P
(salir sahaja).
Tunggu satu dua minit untuk membuka pintu, hingga
mekanisme pengunci elektrik melepaskan
penguncinya.
Tekan butang ON/OFF sekali lagi untuk mematikan
mesin.
Keluarkan cucian.
Putar dram dengan tangan untuk memastikan benar-
benar kosong, dan tidak ada pakaian tertinggal yang
boleh rosak dalam cucian selanjutnya (misalnya,
mengecut) atau turun warnanya pada cucian kain
putih.
Lepaskan mana-mana butang yang telah ditekan.
Tutup pili air dan cabut plag mesin.
Biarkan pintu renggang untuk mengudarakan mesin.
132991232-MS.qxd 14/05/04 11.58 Pagina 48