User manual

52
Penyengeraan
1. Kedap pintu
Periksa kedap pintu dari masa ke masa dan
keluarkan sebarang objek yang mungkin
terperangkap di pelipatannya.
2. Badan mesin
Bersihkan bahagian luar mesin dengan air hangat
dan detergen yang digunakan untuk membasuh
pinggan mangkuk. Bilas dengan air bersih dan lap
dengan kain lembut.
Penting: jangan gunakan spirit, pelarut atau produk
serupa untuk membersihkan badan mesin.
3. Laci detergen
Detergen dan bahan pelembut kain lama kelamaan
meninggalkan sisa-sisanya dalam laci.
Bersihkan laci dari masa ke masa dengan
membilasnya di bawah air pili yang mengalir. Bagi
mengeluarkan laci dari mesin, tekan butang di sudut
kiri sebelah belakang.
Bagi memudahkan pembersihan, bahagian atas
petak perapi tambahan boleh dikeluarkan.
C0073
C0072
P1050
Detergen juga dapat bertimbun di bahagian dalam
lubang laci: bersihkan dengan berus gigi lama.
Pasang kembali laci setelah dibersihkan.
4. Pam saliran
Pam hendaklah diperiksa selalu terutama sekali jika
mesin tidak menyalirkan air dan/atau tidak
memutar:
mesin mengeluarkan bunyi luarbiasa semasa
penyaliran disebabkan oleh objek seperti pin baju,
wang syiling dan sebagainya yang menghalang
pam.
Lakukan seperti berikut:
Putuskan bekalan elektrik perkakas.
Jika perlu, tunggu hingga air sejuk semula.
Buka pintu bahagian saliran.
Letakkan sebuah bekas berhampiran dengan pam
untuk menadah sebarang penumpahan.
Lepaskan hos saliran darurat, letakkan dalam
mangkuk dan buka penutupnya.
Apabila tiada lagi air yang keluar, longgarkan skru
penutup pam dan keluarkannya. Sentiasa siapkan
kain buruk untuk mengesat air yang tumpah ketika
mengeluarkan pam
P1115
P1114
P0038
132991232-MS.qxd 14/05/04 11.58 Pagina 52