User manual

54
Jika ada masalah
Masalah Kemungkinan puncanya
Mesin tidak dapat dihidupkan:
Pintu tidak ditutup rapat.
Mesin tidak dipasang plagnya atau tiada bekalan
elektrik di soket.
Fius utama atau fius di dalam plag terbakar.
Cakera pemilihan program tidak betul kedudukannya.
Butang mula belum ditekan.
Mesin tidak mengisi air:
Pili air ditutup.
Hos air masuk tertindih atau terpiuh.
Turas dalam hos air masuk tersumbat.
Pintu tidak ditutup dengan betul.
Mesin mengisi air kemudian
terus menyalirkannya:
Hujung hos saliran terlalu rendah kedudukannya.
Sila rujuk perenggan yang berkenaan di bahagian
penyaliran air.
Mesin tidak menyalirkan air
dan/atau tidak memutar:
Hos saliran tertindih atau terpiuh.
Opsyen Tahan Bilas telah dipilih.
Opsyen Tindas Putaran telah dipilih.
Hos saliran tersumbat
Ada air di lantai:
Terlalu banyak detergen atau detergen tidak
sesuai digunakan (menjadikan terlalu banyak
busa).
Periksa kalau-kalau ada kebocoran daripada salah
satu fitting hos air masuk. Kebocoran itu kadang
kala sukar dilihat kerana air mengalir sepanjang
hos; periksa sama ada hos itu lembap.
Hos saliran rosak.
Penutup di hos saliran darurat belum diletakkan
kembali setelah membersihkan penuras.
Hasil cucian yang tidak
memuaskan:
Detergen tidak cukup atau detergen tidak sesuai
digunakan.
Tanda-tanda kotoran degil tidak dibersihkan
dahulu sebelum membasuh.
Suhu yang dipilih tidak betul.
Beban pakaian terlalu berat.
Mesin bergegar atau bising
bunyinya:
Bolt dan bungkah penyendal pengangkutan belum
dikeluarkan.
Kaki penyokong belum dilaraskan.
Pakaian tidak tersebar sama rata dalam dram.
Mungkin pakaian dalam dram terlalu sedikit.
Pintu tidak dapat dibuka:
Program masih berjalan.
Pengunci pintu belum dilepaskan.
Ada air dalam dram.
Masalah yang anda boleh huraikan sendiri
132991232-MS.qxd 14/05/04 11.58 Pagina 54