User manual

39
Pemasangan
Semua bahan penyendal dalaman mesti
dikeluarkan sebelum menggunakan mesin. Mesin
atau perabot di sebelah-menyebelahnya boleh
rosak teruk jika alat-alat pelindung pengangkutan
ini tidak dikeluarkan atau tidak dikeluarkan
semuanya. Sila rujuk perenggan yang berkenaan
dalam buku petunjuk ini.
Apa-apa kerja elektrik untuk memasang mesin ini
harus dilakukan oleh juruelektrik bertauliah.
Apa-apa kerja perpaipan untuk memasang mesin
ini mesti dilakukan oleh jurupaip yang bertauliah.
Setelah mesin dipasang, pastikan kabel bekalan
elektrik tidak ditindih olehnya.
Jika mesin diletakkan di atas lantai permaidani,
pastikan udara dapat beredar bebas antara
kakinya dengan lantai.
Penggunaan
Mesin ini direka untuk kegunaan di rumah sahaja.
Jangan gunakan untuk tujuan lain daripada yang
dimaksudkan.
Basuh kain yang memang dimaksudkan untuk
dibasuh dengan mesin sahaja. Petunjuk di label
pakaian hendaklah dipatuhi.
Jangan masukkan pakaian melebihi beban yang
dibenarkan bagi mesin. Patuhi petunjuk yang
terkandung dalam buku petunjuk ini.
Pastikan semua saku kosong. Benda-benda
seperti wang logam, pin keselamatan, jarum dan
skru boleh menyebabkan kerosakan besar.
Jangan basuh di mesin ini pakaian yang telah
dibasahi petroleum, spirit, trikloretilena, dsb. Jika
bahan seperti itu telah digunakan untuk
menanggalkan tanda-tanda kotor sebelum
membasuh, tunggulah dahulu hingga sejat
seluruhnya sebelum memasukkan pakaian.
Isikan benda-benda kecil seperti stokin, tali
pinggang, dsb dalam kantung kain atau sarung
bantal supaya tidak tersepit antara dram dengan
tab.
Amaran
Gunakan bahan pelembut kain mengikut sukatan
yang disarankan sahaja. Jika berlebihan boleh
merosakkan pakaian yang dicuci.
Biarkan pintu renggang sedikit apabila mesin tidak
digunakan. Cara ini dapat memelihara kedap pintu
dan mencegah bau hapak.
Setiap kali hendak membuka pintu, pastikan air
telah disalirkan semuanya. Jika belum, salirkan air
seperti yang ditunjukkan dalam buku petunjuk ini.
Cabut plag dan tutup pili air setiap kali selesai
menggunakan mesin.
Keselamatan umum
Kerja baikpulih mesin mesti dilakukan oleh
kakitangan yang bertauliah sahaja. Kerja baikpulih
jika dilakukan oleh orang yang tidak
berpengalaman boleh menyebabkan bahaya berat.
Harap hubungi Pusat Servis setempat.
Jangan sekali-kali tarik kabel bekalan elektrik
untuk mencabut plag dari soketnya; pegang dan
cabut plag itu sendiri.
Semasa program basuh bersuhu tinggi, kaca pintu
boleh menjadi panas. Jangan sentuh!
Keselamatan kanak-kanak
Kanak-kanak sering kali tidak sedar betapa
bahayanya alat-alat elektrik. Semasa mesin
sedang bekerja, kanak-kanak harus diperhatikan
baik-baik dan tidak dibiarkan bermain dengan
mesin.
Bahan bungkusan (misalnya kantung plastik,
bahan polistirena) boleh membahayakan kanak-
kanak  bahaya lemas! Simpan jauh dari
jangkauan kanak-kanak.
Semua detergen harus disimpan di tempat yang
selamat jauh dari jangkauan kanak-kanak.
Jangan biarkan kanak-kanak atau haiwan
peliharaan memanjat masuk dram.
Apabila mesin hendak dibuang, potong kabel
bekalan elektrik dan musnahkan plag pada kabel
yang tertinggal. Rosakkan kancing pintu supaya
kanak-kanak tidak terperangkap di dalam apabila
bermain.
Amaran berikut diberi demi menjaga keselamatan umumnya. Anda mesti membacanya dengan teliti sebelum
memasang atau menggunakan mesin.
BAHASA
MELAYU
132991232-MS.qxd 14/05/04 11.58 Pagina 39