User manual

42
Jangan panjangkan hos air masuk. Jika terlalu
pendek dan anda tidak mahu mengalih pili air, anda
perlu beli hos baru yang lebih panjang dan khusus
untuk kegunaan seperti ini.
Penting!
Sebelum menyambungkan mesin pada perpaipan
baru atau perpaipan yang sudah lama tidak
digunakan, biarkan air yang mencukupi mengalir
dari pili bagi mengeluarkan apa-apa kotoran yang
terkandung dalam paip.
Penyaliran air
Hujung hos saliran dapat diletakkan tiga cara:
Disangkut pada pinggir besen cuci
menggunakan pandu hos plastik yang
dibekalkan. Dalam hal ini, pastikan hujung hos tidak
dapat terlepas apabila mesin menyalirkan air.
Ini dapat dilakukan dengan mengikatnya pada pili
ataupun melekapkannya pada dinding.
Dalam cabang paip besen cuci. Cabang ini mesti
di atas perangkap kotoran paip dan bengkokannya
sekurang-kurangnya 60 cm di atas lantai.
Langsung ke dalam paip saliran pada aras tidak
kurang 60 cm dan tidak lebih 90 cm.
Hujung hos saliran mesti sentiasa diudarakan,
ertinya, garispusat dalam paip saliran mesti lebih
besar daripada garispusat luar hos saliran.
Jangan biarkan hos saliran terpiuh.
Agar mesin dapat berfungsi dengan betul, hos
saliran hendaklah tetap disangkutkan pada
penyokong yang sesuai di bahagian di atas
sebelah belakang perkakas.
P1118
P0022
Sambungan elektrik
Mesin ini direka untuk beroperasi dengan bekalan
elektrik 230-240 V, fasa tunggal, 50 Hz.
Pastikan bekalan elektrik di rumah anda boleh
menampung beban maksimum yang dikehendaki
(2.05 kW), sambil memperhitungkan semua
perkakas lain yang digunakan di rumah.
Pasang mesin pada soket elektrik yang
dibumikan.
AMARAN: MESIN INI MESTI DIBUMIKAN.
Pihak pengeluar tidak menanggung liabiliti
jika langkah keselamatan ini tidak dipatuhi.
Mesin ini dibekalkan dengan plag 13amp siap
dipasang.
Jika fius plag perlu diganti, gunakan fius 13amp yang
diluluskan ASTA (BS1363A).
Jika plag perlu diganti atas apa-apa sebab pun,
lakukan seperti berikut. Wayar dalam kabel bekalan
elektrik diwarnakan mengikut kod berikut:
Hijau dan Kuning - Bumi
Biru - Neutral
Perang - Hidup
Wayar hijau kuning mesti disambung pada terminal
bertanda «E» atau berlambang bumi atau
berwarna hijau kuning.
Wayar biru mesti disambung pada terminal «N» atau
berwarna hitam.
Wayar perang mesti disambung pada terminal «L»
atau berwarna merah.
Setelah siap, jangan sampai ada wayar terpotong
atau tidak terikat, dan kapit kabel mesti kemas
mengikat sarung luar kabel.
AMARAN:
Plag yang terpotong menimbulkan bahaya
keselamatan (kejutan elektrik) yang serius
jika ditusukkan pada soket 13 amp.
Plag yang terpotong hendaklah dibuang
dengan cara yang selamat.
Harap pastikan kabel bekalan elektrik mudah
dicapai setelah mesin dipasang.
HIJAU KUNING
COKLAT
PENGAPIT KABEL
BIRU
13 A
P1041
E
N
L
132991232-MS.qxd 14/05/04 11.58 Pagina 42