User manual

45
Petua membasuh
Mengisih pakaian
Patuhi simbol kod basuh pada setiap label pakaian
dan petunjuk membasuh yang diberi oleh pihak
pengilang. Pakaian hendaklah diisih seperti berikut:
putih, berwarna, sintetik, bahan halus, wul.
Suhu
95° untuk kain kapas dan linen putih yang
biasa kotornya (misalnya alas meja teh,
tuala, alas meja, cadar...)
60° untuk pakaian berwarna tidak luntur yang
biasa kotornya (misalnya kemeja,
pakaian tidur, pajama ....) daripada linen,
kain kapas atau serat sintetik dan untuk
kain kapas putih yang kotor sedikit
(misalnya seluar dalam).
(sejuk) untuk bahan halus (misalnya langsir net),
30°-40° pakaian campuran termasuk bahan
serat sintetik dan wul.
Sebelum memasukkan pakaian
Jangan campurkan pakaian putih dan berwarna.
Pakaian putih boleh kehilangan keputihannya
dalam cucian.
Pakaian berwarna yang baru mungkin luntur
warnanya pada kali pertama dibasuh; oleh itu,
asingkan semasa dibasuh buat kali pertama.
Pastikan tiada benda logam yang tertinggal
dalam pakaian (misalnya penyepit rambut, pin,
jarum).
Butangkan sarung bantal, tutup zip, cangkuk dan
butang ketap. Ikatkan tali pinggang atau pita yang
panjang. Hapuskan tanda kotor yang degil sebelum
membasuh. Bahagian yang sangat kotor hendaklah
digosok dengan detergen khas atau pasta detergen.
Langsir hendaklah diperlakukan dengan cermat.
Tanggalkan cangkuk atau ikatkan dalam kantung
atau jaring.
Beban maksimum
Beban maksimum yang disarankan ternyata dalam
carta program.
Pedoman umum:
Kapas, linen: dram penuh tetapi tidak padat;
Sintetik: dram tidak lebih daripada separuh penuh;
Bahan halus dan wul: dram tidak lebih daripada
sepertiga penuh. Penggunaan air dan tenaga paling
cekap apabila pakaian dibasuh dengan beban
maksimum. Bagi pakaian yang sangat kotor,
kurangkan saiz beban.
Berat pakaian
Berat berikut boleh dijadikan panduan:
kain jubah mandi 1200g
napkin 100 g
cadar quilt 700 g
cadar 500 g
sarung bantal 200 g
alas meja 250 g
kain tuala 200 g
alas meja teh 100 g
pakaian tidur 200 g
seluar dalam wanita 100 g
kemeja kerja lelaki 600 g
kemeja lelaki 200 g
pajama lelaki 500 g
blaus 100 g
seluar dalam lelaki 100 g
Menghapus tanda kotor
Tanda kotor yang degil mungkin tidak dapat dihapus
dengan air dan sabun sahaja. Oleh itu, sebaiknya
dibersihkan dahulu sebelum membasuh.
Darah: jika masih baru, bersihkan dengan air sejuk.
Jika sudah kering, rendam semalaman dalam air
dengan detergen khas, kemudian gosokkan sabun
dan air padanya.
Cat minyak: lembapkan dengan bahan penghapus
daripada benzin, bentangkan di atas kain lembut
kemudian tepuk-tepuk tanda itu; ulang beberapa kali.
Tanda gris kering: lembapkan dengan turpentin,
bentangkan di atas permukaan lembut dan tepuk-
tepuk dengan hujung jari dan kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air panas atau
produk penghapus karat digunakan dalam keadaan
sejuk. Hati-hati apabila membersihkan tanda karat
yang sudah lama, kerana struktur selulosa telahpun
rosak dan kain itu mudah berlubang.
Tanda kulat: bersihkan dengan pemutih, bilas
bersih-bersih (kain putih dan kain warna tidak luntur
sahaja).
Rumput: sabunkan sedikit dan bersihkan dengan
pemutih (kain putih dan kain warna tidak luntur
sahaja).
Pena mata bulat dan gam: lembapkan dengan
aseton (*), bentangkan di atas kain lembut dan
tepuk-tepuk tanda itu.
Gincu bibir: lembapkan dengan aseton seperti di
atas, kemudian bersihkan dengan spirit. Hapuskan
BAHASA
MELAYU
132991232-MS.qxd 14/05/04 11.58 Pagina 45