User manual

46
Kuantiti detergen yang harus
digunakan
Jenis dan kuantiti detergen bergantung pada jenis
kain, saiz beban, takat kekotoran dan kesadahan air
yang digunakan.
Kesadahan air diklasifikasi menurut apa yang
disebut takat kesadahan. Maklumat tentang
kesadahan air di kawasan anda boleh didapati
daripada syarikat bekalan air atau daripada pihak
berkuasa tempatan.
Patuhi petunjuk yang diberi oleh pihak pengeluar
tentang kuantiti yang patut digunakan.
Kurangkan detergen jika:
 beban cucian kecil sahaja,
 pakaian kotor sedikit sahaja,
 banyak busa terjadi semasa mesin membasuh.
sisa-sisa tanda daripada kain putih dengan pemutih.
Wain merah: rendam dalam air dan detergen, bilas
dan bersihkan dengan asid asetik atau asid sitrik,
kemudian bilas. Bersihkan sisa-sisa tanda dengan
pemutih.
Dakwat: bergantung pada jenis dakwat, lembapkan
dengan aseton (*), kemudian dengan asid asetik;
bersihkan sisa-sisa tanda pada kain putih dengan
pemutih kemudian bilas bersih-bersih.
Tanda-tanda tar: mula-mula bersihkan dengan
bahan penghapus tanda, spirit atau benzin,
kemudian gosok dengan pasta detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera buatan.
Detergen dan perapi tambahan
Hasil cucian yang sempurna juga bergantung pada
pilihan dan jumlah detergen yang betul demi
mengelakkan pembaziran dan melindungi alam
sekitar. Meskipun boleh rosot di alam sekitar,
detergen mengandungi zat yang, apabila besar
jumlahnya, boleh menjejas keseimbangan alam.
Pilihan detergen bergantung pada jenis kain (bahan
halus, wul, kapas, dsb.), warna, suhu cucian, dan
takat kotoran.
Semua detergen mesin basuh yang biasa boleh
digunakan pada alat ini:
 detergen serbuk untuk semua jenis kain,
- serbuk detergen untuk bahan halus (maks 60°C)
dan wul,
- detergen cecair, sebaiknya untuk program basuh
suhu rendah (60°C maks) bagi semua jenis kain,
atau khas untuk bahan wul sahaja.
Detergen dan perapi tambahan mesti diisikan dalam
petak yang sesuai di laci detergen sebelum
memulakan program basuh.
Jika menggunakan detergen serbuk atau cecair
pekat, program tanpa prabasuh mesti dipilih.
Mesin basuh ini menerapkan sistem peredaran
semula supaya detergen pekat digunakan sebaik-
baiknya.
Tuangkan detergen cecair ke dalam petak laci
detergen bertanda sejurus sebelum
memulakan program.
Bahan pelembut kain or bahan perapi kanji mesti
dituangkan ke dalam petak bertanda sebelum
memulakan program basuh.
Patuhi saranan pihak pengeluar tentang jumlah yang
patut digunakan dan jangan melebihi tanda
«MAX» di laci detergen.
132991232-MS.qxd 14/05/04 11.58 Pagina 46