User manual

MAKLUMAT KESELAMATAN
Untuk menjaga keselamatan anda dan
untuk memastikan penggunaan yang
betul, sebelum memasang dan penggu-
naan pertama perkakas, baca manual
pengguna ini dengan teliti, termasuk
petunjuk dan amarannya. Untuk
mengelak daripada kesalahan dan
kemalangan yang tidak diperlukan,
adalah penting untuk memastikan semua
orang yang menggunakan perkakas ini
mengetahui mengenai operasi dan ciri
keselamatannya secara menyeluruh.
Simpan arahan ini dan pastikan ia tetap
berada bersama perkakas ini jika ia
dipindahkan atau dijual, supaya semua
orang yang menggunakan perkakas ini
sepanjang hayatnya akan mendapat
maklumat yang betul mengenai penggu-
naan dan keselamatan perkakas ini.
Keselamatan umum
Pemasangan
Adalah merbahaya untuk mengubah
spesifikasi atau cuba mengubah suai
produk ini dalam apa-apa cara sekali pun.
Perkakas ini berat. Berjaga-jaga semasa
memindahkannya.
Semasa perkakas dikeluarkan daripada
bungkusannya, periksa untuk pastikan
tiada kerosakan. Jika berasa ragu, jangan
gunakannya dan hubungi Pusat Servis.
Selepas memasang perkakas, periksa
bahawa ia tidak diletakkan di atas hos
salur masuk dan salur keluar.
Basuh pakaian kecil seperti sarung kaki,
renda, tali pinggang dsb yang boleh dibasuh
dalam beg basuhan atau sarung bantal
kerana pakaian sedemikian boleh termasuk
ke dalam ruang antara tab dan pengaduk.
kurang upaya fizikal, keupayaan deria atau
mental, atau kurang pengalaman dan
pengetahuan, melainkan mereka diberi
penyeliaan atau arahan mengenai
penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan
mereka.
Jangan gunakan mesin basuh anda untuk
membasuh pakaian yang mempunyai
sokongan, pakaian tanpa kelepet atau kain
yang telah koyak.
Sentiasa cabut keluar plag perkakas dan
matikan bekalan air selepas digunakan,
dibersihkan dan diselenggarakan.
Anda dilarang untuk memperbaiki mesin ini
sendiri, walau dalam apa keadaan sekali
pun. Kerja pembaikan yang dijalankan oleh
orang yang tidak berpengalaman mungkin
menyebabkan kecederaan atau malfungsi
yang serius. Hubungi Pusat Servis
setempat anda. Sentiasa tegaskan anda
menghendaki alat ganti tulen.
Pastikan haiwan peliharaan kecil tidak
memanjat masuk ke dalam tab basuh.
Untuk mengelakkan perkara ini, sila
periksa dalam tab basuh sebelum
menggunakan perkakas.
Sebarang objek seperti duit syiling, pin
dawai, paku, skru, batu atau sebarang
benda keras dan tajam boleh menyebab-
kan kerosakan yang besar dan tidak boleh
diletakkan ke dalam mesin.
Hanya gunakan kuantiti pelembut pakaian
dan detergen yang disarankan. Kerosakan
kepada fabrik boleh berlaku sekiranya
anda meletakkannya secara berlebihan.
Rujuk cadangan kuantiti daripada
pengilang.
Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh
orang (termasuk kanak-kanak) yang
Jika mesin terletak di atas lantai berkarpet,
sila laraskan kaki untuk membenarkan
udara beredar dengan bebas.
Sentiasa pastikan, bahawa tiada
kebocoran air daripada hos dan sambun-
gannya selepas pemasangan.
32