User manual

PETUA MEMBASUH
Sebelum Memuatkan Pakaian
Kotor
Menanggalkan Kotoran
Patuhi simbol kod basuh pada setiap
label pakaian dan arahan membasuh
pengilang.
Bahagian yang sangat kotor hendaklah
digosokkan dengan detergen khas atau
pes detergen.
Tanggalkan cangkuk atau ikatkannya di
dalam beg atau jaring.
Langsir hendaklah dibasuh dengan
cermat.
Asingkan pakaian seperti berikut: putih,
berwarna, sintetik, bahan halus, bahan wul.
Jangan basuh pakaian putih dan berwarna
bersama-sama. Pakaian putih boleh
kehilangan “keputihannya” dalam basuhan.
Pakaian berwarna yang baru mungkin
luntur dalam basuhan pertama; maka ia
perlu dibasuh berasingan pada kali
pertama.
Butangkan sarung bantal, tutup zip,
cangkuk dan butang ketap.
Ikatkan sebarang tali pinggang atau pita
yang panjang.
Tanggalkan tanda kotoran degil sebelum
membasuh.
Pastikan tiada benda logam yang
tertinggal di dalam pakaian (cth.
penyepit rambut, pin, jarum).
Mengasingkan Pakaian Kotor
Darah: bersihkan kotoran masih baru dengan
air sejuk. Untuk kotoran kering, rendam
semalaman dalam air dengan detergen khas,
kemudian gosok dengan sabun dan air.
Cat berasaskan minyak: lembapkan
dengan bahan penghapus kotoran benzin,
bentangkan pakaian di atas kain lembut dan
pedapkan kotoran tersebut; bersihkan
beberapa kali.
Kotoran gris kering: lembapkan dengan
turpentin, bentangkan pakaian di atas
permukaan yang lembut dan pedapkan
kotoran dengan hujung jari dan kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air
panas atau produk penghapus karat
digunakan ketika sejuk. Berhati-hati dengan
tanda karat yang sudah lama kerana struktur
selulosanya telah rosak dan pakaian akan
mudah berlubang.
Kotoran kulat: bersihkan dengan peluntur,
bilas dengan baik (kain putih dan kain
berwarna tahan luntur sahaja).
Rumput: letak sedikit sabun dan bersihkan
dengan peluntur (kain putih dan kain
berwarna tahan luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam: lembapkan
dengan aseton (*), bentangkan di atas kain
lembut dan pedapkan tanda kotoran itu.
Gincu: lembapkan dengan aseton (*) seperti
di atas, kemudian bersihkan kotoran dengan
spirit bermetil. Tanggalkan sebarang tanda
sisa daripada kain putih dengan peluntur.
Wain merah: rendam dalam air dan
detergen, bilas dan bersihkan dengan asid
asetik atau sitrik, kemudian bilas. Bersihkan
sebarang tanda sisa dengan peluntur.
Dakwat: bergantung pada jenis dakwat,
lembapkan pakaian dahulu dengan aseton
(*), kemudian dengan asid asetik; bersihkan
sebarang tanda sisa pada pakaian putih
dengan peluntur dan kemudian bilas dengan
bersih.
Tanda kotoran degil mungkin tidak dapat
ditanggalkan hanya dengan air dan detergen.
Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk
membersihkannya terlebih dahulu sebelum
basuhan.
48