User manual

42 www.electrolux.com
MAKLUMAT KESELAMATAN
Demi kepentingan keselamatan anda dan untuk memastikan
penggunaan yang betul, sila baca panduan pengguna ini dengan
berhati-hati sebelum memasang dan mengguna mesin ini,
termasuk petua dan amaran.
Untuk mengelakkan kesilapan dan kemalangan, sila memastikan
bahawa semua orang yang menggunakan mesin ini memahami
cara pengendalian dan ciri-ciri keselamatannya.
Perkakas ini dimaksudkan untuk digunakan dalam rumah tangga
dan aplikasi yang serupa seperti:
Rumah ladang
Pelanggan Pangsapuri Servis, pangsapuri percutian dan
persekitaran penginapan.
1.1 Syarat-Syarat Penggunaan
Simpan arahan ini dan pastikan ia tetap berada bersama mesin ini
jikalau dipindahkan atau dijual, supaya semua orang yang
menggunakan mesin ini akan mendapat maklumat yang betul
mengenai penggunaan dan keselamatan alat ini.
1.
Mesin basuh ini bukan bertujuan untuk digunakan oleh
kanak-kanak kecil atau orang yang uzur tanpa penyeliaan.
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak
main dengan perkakas tersebut.
Komponen pembungkusan (cth. lapik plastik, polistirena) boleh
membahayakan kanak-kanak - awas sesak nafas! Jauhkan
daripada capaian kanak-kanak.
1.2 Keselamatan Kanak-Kanak
Simpan semua detergen di tempat yang selamat dan jauh
daripada capaian kanak-kanak.
AWAS! Perkakas tidak boleh dibekalkan melalui peranti
pensuisan luaran seperti pemasa, atau disambungkan kepada
litar yang kerap dihidupkan dan dimatikan oleh utiliti.