User manual

54 www.electrolux.com
Untuk menyahaktifkan fungsi ini, tekan
pad sentuh “Dry Time ( ) dan
Dryness ( )” pada masa yang sama
sehingga simbol “ ” padam.
Opsyen ini berfungsi walaupun
selepas perkakasan dimatikan.
Tetapan ini membolehkan anda untuk
mendayakan atau menyahdayakan
pembaz apabila mesin program tamat.
Sebagai contoh, anda mungkin mahu
menyahdayakan pembaz ini apabila
anda memulakan basuhan sewaktu
masuk tidur, supaya apabila basuhan
tamat kira-kira 1 jam kemudian, ia tidak
akan mengganggu anda sepanjang
malam.
Bukan semua pembaz ralat dapat
dinyahdayakan dengan seting ini,
misalnya kerosakan yang kritikal.
Mendayakan/Menyahdayakan Pembaz
Tamat Basuhan
Untuk menyahdayakan bunyi pembaz,
tekan pad sentuh “Dryness ( ) dan
Prewash ( )” pada masa yang sama
selama 3 saat, dan tunggu bunyi “BIP,
BIP”.
Untuk kembali ke konfigurasi lalai, tekan
kedua-dua pad sentuh ini pada masa
yang sama selama 3 saat, dan tunggu
bunyi “BIP”.
3.7 Pad sentuh Mula/Jeda ( )
dan Tambah Pakaian ( )
Pad sentuh ini mempunyai 2 fungsi:
Mula/Jeda ( )
Untuk mengganggu program yang
sedang berjalan, tekan pad sentuh ini
untuk menjedakan mesin, cahaya
pandu Mula/Jeda akan berkelip.
Setelah anda memilih program dan
pilihan yang diingini, tekan pad sentuh
ini untuk memulakan mesin. Cahaya
pandu Mula/Jeda akan berhenti
berkelip dan kekal menyala sehingga
paras air melebihi pinggir bawah pintu
kemudian cahaya pandu akan
PADAM. Jika anda telah membuat
pilihan “Tunda Tamat”, pengiraan detik
akan dimulakan dan ditunjukkan pada
paparan.
Untuk memulakan semula program
dari takat ia diganggu, tekan pad
sentuh ini sekali lagi, cahaya pandu
Mula/Jeda akan berhenti berkelip.
Tambah Pakaian ( )
Sewaktu program berjalan, anda boleh
menambah pakaian dengan:
Tekan pad sentuh “Mula/Jeda”
untuk menjedakan program.
Anda hanya boleh menambah
pakaian jika cahaya “Mula/Jeda”
menyala.
-
Tunggu mesin berhenti sepenuhnya
sebelum membuka pintu.
-
Sambung semula program dengan
menekan pad sentuh “Mula/Jeda”
sekali lagi.
-
Tambah pakaian dan tutup pintu.
-
Anda tidak boleh membuka
pintu jika air di dalam dram
mesin adalah panas, pintu
masih dikunci untuk
keselamatan anda. Walaupun
lampu LED masih tetap
menyala.