Quick Start Guide

Maklumat Keselamatan
Sila baca semua maklumat keselamatan dengan teliti sebelum
penggunaan peranti anda untuk memastikan operasi yang selamat
dijalankan dan mempelajari cara membuang peranti anda dengan betul.
Operasi dan keselamatan
l Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran, jangan
dengar bunyi yang berkelantangan tinggi untuk tempoh masa yang
panjang.
l Penggunaan penyesuai kuasa, pengecas, atau bateri yang tidak
diluluskan atau tidak serasi mungkin merosakkan peranti anda,
memendekkan jangka hayatnya, atau mengakibatkan kebakaran,
letupan, atau kemalangan lain.
l Suhu operasi yang sesuai adalah antara 0 °C hingga 35 °C. Suhu
storan yang sesuai adalah antara -20 °C hingga +45 °C.
l Pengeluar perentak jantung mengesyorkan jarak minimum sebanyak
15 cm boleh dikekalkan di antara peranti dan perentak jantung untuk
mengelakkan kemungkinan gangguan dengan perentak jantung. Jika
anda menggunakan perentak jantung, pegang peranti pada bahagian
yang bertentangan dengan perentak jantung dan jangan bawa
peranti di poket depan anda.
l Jauhkan peranti dan bateri dari kepanasan terlampau dan pancaran
terus matahari. Jangan letakkannya pada permukaan atau dalam
peranti panas, seperti ketuhar gelombang mikro, alat pemanas, atau
radiator.
l Perhatikan undang-undang dan peraturan tempatan semasa
menggunakan peranti. Untuk mengurangkan risiko kemalangan,
jangan gunakan peranti wayarles anda semasa memandu.
l Semasa dalam pesawat atau sebelum menaiki pesawat, hanya
gunakan peranti anda mengikut arahan yang diberikan. Penggunaan
peranti wayarles dalam pesawat mungkin mengganggu rangkaian
wayarles, membahayakan operasi pesawat, atau melanggar undang-
undang.
l Untuk mengelakkan kerosakan bahagian atau litar dalaman peranti
anda, jangan gunakannya dalam keadaan yang berdebu, berasap,
lembap, atau kotor atau berdekatan dengan medan magnetik.
100