Quick Start Guide

l Apabila mengecas peranti, pastikan penyesuai kuasa dipalam masuk
ke soket yang berhampiran dengan peranti dan adalah mudah
diambil.
l Cabut palam pengecas dari salur keluar elektrik dan peranti semasa
tidak digunakan.
l Jangan gunakan, simpan, atau hantar peranti ke tempat bahan
mudah bakar atau letupan disimpan (dalam stesen minyak, loji kimia
dll). Penggunaan peranti anda di tempat-tempat ini menambah risiko
berlakunya letupan atau kebakaran.
l Buang peranti, bateri, dan aksesori ini dengan mengikut peraturan
tempatan. Alat-alat tersebut tidak sepatutnya dibuang seperti
sampah rumah tangga biasa. Penggunaan bateri yang tidak betul
boleh menyebabkan berlakunya kebakaran, letupan, atau
kemalangan yang lain.
l Peranti anda sudah diuji dalam persekitaran dikawal dan disahkan
kalis hempas, air, dan debu dalam situasi tertentu (memenuhi
keperluan klasikasi IP67 yang diterangkan oleh IEC standard
antarabangsa 60529.) Kalis hempas, air, dan debu bukanlah keadaan
berkekalan dan fungsi kalis boleh berkurangan akibat penggunaan
biasa. Jangan cas peranti anda dalam keadaan basah. Lawati http://
consumer.huawei.com/en/support untuk penerangan butiran fungsi
ini.
Maklumat pembuangan dan kitar semula
Simbol tong sampah yang beroda dan dipalang pada produk, bateri,
risalah dan pakej produk mengingatkan bahawa semua produk
elektronik dan bateri yang tamat jangka hayat mestilah dihantar ke
pusat pengumpulan sampah yang berlainan; alat-alat tersebut tidak
boleh dibuang bersama sampah rumah tangga biasa. Pengguna
bertanggungjawab membuang kelengkapan tersebut melalui pusat atau
perkhidmatan pengumpulan yang dikhususkan untuk mengitar semula
sisa kelengkapan elektrik dan elektronik (WEEE) dan bateri mengikut
undang-undang tempatan.
Pengumpulan dan kitar semula kelengkapan anda yang wajar boleh
membantu memastikan bahan buangan pelengkapan elektrik dan
elektronik (EEE) dikitar semula dengan cara yang menjimatkan bahan-
bahan yang bernilai dan melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar.
Pengendalian yang tidak wajar, keretakan secara tidak sengaja,
kerosakan, dan/atau kitar semula yang tidak wajar pada akhir hayat
101