Operators Manual

Table Of Contents
PETUNJUK SIMBOL-SIMBOL
48 – Malaysian
Simbol-simbol
AMARAN! Mesin ini boleh menjadi alat
yang merbahaya jika tidak digunakan
dengan betul atau cuai, di mana boleh
menyebabkan kecederaan serius atau
membawa maut kepada pengguna
atau orang lain. Adalah amat penting
anda membaca dan memahami kandungan dalam
manual pengguna.
Sila baca arahan pengguna
dengan teliti dan pastikan anda
faham arahan sebelum
menggunakan mesin.
Sentiasa memakai:
Pelindung telinga yang diluluskan
Pelindung mata atau visor
Mesin ini tidak bertebat elektrik.
Jika mesin bersentuhan atau
berada terlalu dekat dengan
kabel elektrik voltan tinggi, ini
boleh mengakibatkan maut
atau kecederaan yang serius.
Tenaga elektrik boleh
melompat dari satu titik ke titik
yang lain dengan pengarkaan.
Semakin tinggi voltan, semakin
jauh jarak elektrik boleh
melompat. Tenaga elektrik juga
boleh mengalir melalui ranting dan objek lain,
terutamanya jika ia basah. Pastikan jarak sekurang-
kurangnya 10 m setiap masa di antara mesin dan kabel
elektrik voltan tinggi dan/atau sebarang objek yang
menyentuhnya. Setiap kali anda perlu melakukan kerja
dalam jarak selamat ini, anda hendaklah menghubungi
syarikat bekalan elektrik yang berkaitan bagi memastikan
tenaga elektrik dimatikan sebelum memulakan kerja.
Mesin ini mempunyai jangkauan yang jauh. Sila pastikan
tiada manusia atau haiwan yang datang dekat kurang
daripada 15 m semasa mesin sedang berjalan.
Sentiasa memakai sarung tangan yang
diluluskan.
Pakai but yang kuat dan yang tapaknya
tidak licin.
Simbol-simbol lain pada mesin merujuk kepada
kelayakan persijilan khas untuk pasaran-pasaran
tertentu.
Enjin dimatikan dengan
menggerakkan suis berhenti ke
kedudukan berhenti. AWAS!
Bagi mengelakkan daripada
dihidupkan secara tidak sengaja,
penutup palam pencucuh mesti
sentiasa ditanggalkan ketika disimpan untuk tempoh
lama, jika mesin tidak dijaga dan ketika menjalankan
kerja-kerja servis
Sentiasa memakai sarung tangan
yang diluluskan.
Perlu dibersihkan selalu.
Pemeriksaan visual.
Cermin pelindung mata atau visor
mesti dipakai.
H1157097-38,226PTC6,PD3.fm Page 48 Monday, April 18, 2016 8:08 AM