Operators Manual

Table Of Contents
50 – Malaysian
PENGENALAN
Pelanggan yang budiman,
Tahniah kerana memilih untuk membeli produk Husqvarna! Husqvarna berasaskan tradisi yang bermula pada sekitar
tahun 1689, apabil,a Raja Sweden Karl XI mengarahkan pembinaan sebuah kilang di tebing Sungai Husqvarna untuk
mengeluarkan senapang lantak. Lokasinya memang lojik memandangkan kuasa air disalurkan dari Sungai Husqvarna
untuk membina loji berkuasa air. Sepanjang 300 tahun beroperasi, kilang Husqvarna itu telah menghasilkan pelbagai
jenis produk, daripada dapur kayu hingga kepada peralatan dapur moden, mesin jahit, basikal, motosikal dll. Pada tahun
1956, mesin rumput bermotor yang pertama muncul, diikuti dengan gergaji rantai pada tahun 1959 dan di kawasan
inilah Husqvarna beroperasi hari ini.
Hari ini Husqvarna merupakan salah satu pengeluar terkemuka dalam dunia produk peralatan hutan dan taman dengan
kualiti menjadi keutamaan paling tinggi kepada kami. Konsep perniagaan kami ialah untuk memajukan, membuat dan
memasarkan prouduk bermotor untuk industri perhutanan, perkebunan serta pembinaan. Matlamat Husqvarna ialah
untuk turut berada di hadapan dari segi ergonomi, penggunaan, keselamatan dan perlindungan alam sekitar. Itulah
sebabnya mengapa kami telah membangunkan banyak ciri yang berlainan untuk memastikan produk kami berada
dalam kedudukan seperti itu.
Kami yakin bahawa anda akan menghargai mutu dan prestasi produk kami dengan penuh kepuasan untuk tempoh yang
amat panjang. Pembelian salah satu daripada produk kami membolehkan anda mendapat bantuan profesional
berhubung dengan pembaikan dan servis apabila diperlukan. Sekiranya peniaga yang menjual mesin anda bukan
pengedar sah kami, minta alamat bengkel servis yang berhampiran dengan anda.
Kami berharap anda akan berpuas hati dengan produk anda dan ia akan menjadi teman untuk tempoh yang panjang.
Anggap buku panduan pengguna ini sebagai dokumen berharga. Dengan mematuhi kandungannya (penggunaan,
servis, penyenggaraan dll) jangka hayat dan nilai jualan semula mesin itu boleh ditingkatkan. Sekiranya anda ingin
menjual mesin ini, pastikan pembelinya memperoleh sekali buku panduan penggunanya.
Terima kasih kerana menggunakan produk Husqvarna.
Husqvarna AB mempunyai dasar perkembangan produk secara berterusan dan dengan itu mengekalkan hak untuk
mengubah rekabentuk dan rupa produk-produk tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
H1157097-38,226PTC6,PD3.fm Page 50 Monday, April 18, 2016 8:08 AM