Operators Manual

Table Of Contents
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM
52 – Malaysian
Penting
Kelengkapan pelindung peribadi
TOPI KESELAMATAN DAN VISOR
Topi keselamatan mesti dipakai.
PERLINDUNGAN PENDENGARAN
Pakai pelindungan pendengaran yang mengurangkan
bunyi secukupnya.
PENTING!
Pemotong sawit direka hanya untuk memotong dahan,
tandan buah dan pelepah sawit.
Jangan gunakan mesin yang telah diubahsuaikan
dengan apa cara sekalipun daripada speksifikasi asal.
Jangan gunakan mesin jika anda letih, mabuk atau
setelah mengambil ubat yang boleh menjejas
penglihatan, telahan dan koordinasi pergerakan anda.
Guna kelengkapan pelindung peribadi. Lihat arahan di
bawah tajuk Kelengkapan pelindung peribadi.
Jangan sekali-kali menggunakan mesin ini dalam
keadaan cuaca yang melampau seperti terlampau
sejuk, sangat panas dan/atau lembap.
Jangan gunakan mesin yang rosak. Buat pemeriksaan,
penyenggaraan dan arahan servis yang diterangkan
dalam arahan pengguna ini. Sesetengah
penyenggaraan mesti dikendalikan oleh pakar yang
terlatih dan berkelayakan. Lihat arahan di bawah tajuk
Penyenggaraan.
Semua penutup dan pelindung mesti dipasang sebelum
bermula. Pastikan bahawa penutup palam pencucuh
dan kabel pencucuhan tidak rosak bagi mengelakkan
kejutan elektrik.
!
AMARAN! Mesin ini menghasilkan
medan elektromagnet semasa operasi.
Dalam keadaan tertentu, medan ini
mungkin mengganggu bahan implan
perubatan yang aktif atau pasif. Untuk
mengurangkan risiko kecederaan yang
serius atau membawa maut, kami
menyarankan agar individu yang
menggunakan bahan implan perubatan
berbincang dengan pakar perubatan
mereka dan pengeluar bahan implan
perubatan itu sebelum mengendalikan
mesin ini.
!
AMARAN! Menjalankan enjin dalam
kawasan tertutup atau tiada pengalihan
udara yang baik boleh menyebabkan
kematian akibat kesesakan nafas atau
keracunan karbon monoksida.
!
AMARAN! Jangan biarkan kanak-kanak
menggunakannya atau berada
berhampiran dengan mesin.
Memandangkan mesin dilengkapi
dengan suis berhenti berpegas dan
boleh dihidupkan dengan sedikit
kelajuan dan kekuatan, kanak-kanak
kecil sekalipun dalam keadaan tertentu
boleh menghasilkan kekuatan yang
cukup untuk menghidupkan mesin. Ini
boleh mendatangkan risiko kecederaan
yang serius terhadap tubuh. Justeru itu,
tanggalkan penutup palam pencucuh
apabila mesin dibiarkan tanpa dijaga.
PENTING!
Pemotong sawit merupakan alat yang berbahaya jika
tidak digunakan dengan betul dan berhati-hati. Ia juga
boleh mengakibatkan kecederaan serius atau
membawa maut. Amat penting bagi anda untuk
membaca dan memahami isi kandungan Buku
Panduan Pengendali ini terlebih dahulu.
Pemotong sawit merupakan alat yang berbahaya jika
tidak digunakan dengan betul dan berhati-hati. Ia juga
boleh mengakibatkan kecederaan serius atau
membawa maut. Amat penting bagi anda untuk
membaca dan memahami isi kandungan Buku
Panduan Pengendali ini terlebih dahulu.
Anda mesti memakai kelengkapan pelindung peribadi
yang diluluskan apabilamenggunakan mesin.
Kelengkapan pelindung peribadi tidak boleh mencegah
kecederaan tetapi boleh mengurangkan kadar
kecederaan. Dapatkan nasihat daripada pengedar
anda untuk pemilihan kelengkapan yang sesuai.
!
AMARAN! Dengarkan isyarat atau jeritan
amaran apabila anda memakai
perlindungan pendengaran. Sentiasa
tanggalkan perlindungan pendengaran
anda sebaik sahaja enjin berhenti.
H1157097-38,226PTC6,PD3.fm Page 52 Monday, April 18, 2016 8:08 AM