Operators Manual

Table Of Contents
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM
Malaysian 53
PERLINDUNGAN MATA
Cermin pelindung mata atau visor mesti dipakai.
SARUNG TANGAN
Sarung tangan mesti dipakai jika perlu, cth. semasa
memasang alat pemotong.
BUT
Pakai but yang kuat dan yang tapaknya tidak licin.
PAKAIAN
Pakai pakaian yang dibuat daripada fabrik yang kuat dan
elakkan pakaian longgar yang akan tersangkut pada
daun dan dahan sawit. Pakai seluar panjang yang tebal
dan panjang setiap kali menggunakan alat ini. Jangan
pakai barang kemas, seluar pendek, selipar atau berkaki
ayam. Kemaskan rambut supaya ia berada di atas paras
bahu.
ALAT BANTUAN KECEMASAN
Sentiasa mempunyai peti pertolongan cemas berdekatan
tempat anda bekerja.
Kelengkapan keselamatan mesin
Bahagian ini menerangkan ciri-ciri keselamatan mesin,
tujuannya, dan bagaimana pemeriksaan dan
penyenggaraan yang perlu dibuat untuk memastikan ia
beroperasi dengan betul. Lihat bahagian “Apa dan di
mana?” untuk menentukan di mana kedudukan
kelengkapan di mesin anda.
Jangka hayat mesin boleh berkurangan jika
penyelenggaraan mesin tidak dilakukan dengan betul,
dan servis dan/atau pembaikan tidak dilakukan secara
professional. Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila
hubungi bengkal servis terdekat anda.
Pengunci pendikit
Pengunci pendikit direka untuk mencegah kemalangan
akibat kesilapan operasi kawalan pendikit. Apabila anda
menekan kunci (A), (semasa menggengam pemegang) ia
melepaskan tuil pendikit (B). Apabila anda melepaskan
pemegang, tuil pendikit dan pengunci pendikit boleh
menendang balik ke posisi asal. Pergerakan ini dikawal
oleh dua tarikan spring berasingan. Ini bermakna
pemegang dan tuil pendikit akan kembali ke posisi idel
apabila dilepaskan.
Pastikan tuil pendikit terkunci dengan tepat di posisi idel
semasa anda melepaskan kembali.
PENTING!
Latihan khas diperlukan untuk servis dan membaiki
mesin. Ini benar terutama bagi kelengkapan
keselamatan mesin. Jika mesin anda gagal dalam
pemeriksaan yang dinyatakan di bawah anda mesti
hubungi wakil servis anda. Apabila anda membeli
sebarang produk kami, kami menjamin bahawa hanya
pakar-pakar sahaja yang membaiki dan menservis
mesin anda. Jika peniaga yang menjual mesin anda
bukan pengedar yang menservis, dapatkan alamat
wakil servis yang terdekat daripadanya.
!
AMARAN! Jangan gunakan mesin yang
mempunyai kelengkapan keselamatan
yang rosak. Kelengkapan keselamatan
mesin mesti diperiksa dan disenggara
seperti yang diterangkan dalam
bahagian ini. Jika mesin anda gagal
sebarang pemeriksaan ini, hubungilah
wakil servis untuk membaikinya.
A
B
H1157097-38,226PTC6,PD3.fm Page 53 Monday, April 18, 2016 8:08 AM