Operators Manual

Table Of Contents
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM
Malaysian 55
Sentiasa pastikan peredam bunyi dipasang dengan kuat
pada mesin.
Kelengkapan memotong
Bahagian ini menghuraikan cara untuk memaksimumkan
keupayaan memangkas dan menuai serta
memanjangkan hayat alat pemotong menerusi
penyelenggaraan yang betul dan penggunaan jenis alat
pemotong yang tepat.
Hanya gunakan kelengkapan memotong yang
disyorkan oleh kami!
Pastikan mata pemotong diasah dengan betul! Ikuti
arahan kami dan gunakan pengasah yang disyorkan.
Bilah yang rosak atau diasah dengan teruk akan
meningkatkan risiko kemalangan.
Jangan asah cangkuk.
Mengasah mata pemotong
Maklumat am untuk mengasah mata pemotong
Jangan sekali-kali menggunakan bilah yang tumpul.
Jika bilah tumpul, anda perlu memberi tekanan yang
lebih untuk memaksa bilah memotong belukar dan
keratan akan menjadi sangat kecil. Jika bilah terlalu
tumpul, ia tidak akan menghasilkan keratan sama
sekali. Ia hanya akan menghasilkan debu kayu
sahaja.
Mata yang tajam memotong belukar dan
menghasilkan keratan yang panjang dan tebal.
Letakkan mesin di atas tanah.
Rehatkan kotak gear di atas sokongan yang tinggi
dan pastikan sabit dihadapkan ke tanah.
Kukuhkan kedudukan sabit supaya ia tidak jatuh,
letakkan ia di atas tapak yang sesuai.
Jangan berdiri atau melutut di atas kotak gear kerana
ini boleh menyebabkan kerosakan kekal.
Pastikan sabit kukuh kedudukannya sebelum
membuka skru.
Mencanai mata pemotong dengan besi pengasah.
Buang habuk canaian lalu sapukan lapisan nipis
pencegah karat.
!
AMARAN! Bahagian dalam peredam
bunyi mengandungi kimia yang mungkin
menyebabkan kanser. Sekiranya
peredam bunyi rosak, elakkan tersentuh
ketiga-tiga elemen ini.
!
AMARAN! Hendaklah anda ingat
bahawa:
Asap ekzos dari enjin adalah panas dan
mungkin mengandungi percikan bunga
api yang boleh mencetus kebakaran.
Jangan hidupkan mesin dalam bangunan
atau berdekatan dengan bahan-bahan
mudah terbakar!
!
AMARAN! Jangan gunakan mesin yang
mempunyai kelengkapan keselamatan
yang rosak. Kelengkapan keselamatan
mesin mesti diperiksa dan disenggara
seperti yang diterangkan dalam
bahagian ini. Jika mesin anda gagal
sebarang pemeriksaan ini, hubungilah
wakil servis untuk membaikinya.
!
AMARAN! Matikan enjin setiap kali
sebelum melakukan sebarang kerja yang
berkaitan dengan alat pemotong. Ia akan
terus berputar walaupun selepas
pendikit dilepaskan. Pastikan bahawa
alat pemotong telah berhenti
sepenuhnya dan cabut penutup palam
pencucuh sebelum anda memulakan
kerja yang berkaitan dengannya.
!
AMARAN! Sentiasa memakai sarung
tangan yang diluluskan.
H1157097-38,226PTC6,PD3.fm Page 55 Monday, April 18, 2016 8:08 AM