Operators Manual

Table Of Contents
PENGENDALIAN BAHAN BAKAR
Malaysian 59
Keselamatan bahan bakar
Jangan hidupkan mesin:
1 Jika anda tertumpah bahan bakar di atasnya. Lap
tumpahan tersebut dan biarkan bakinya meruap.
2 Jika bahan bakar tertumpah pada diri anda atau
pakaian, salin pakaian anda. Cuci mana-mana
bahagian tubuh yang terkena bahan bakar. Gunakan
sabun dan air.
3 Jika terdapat kebocoran bahan bakar pada mesin:
kerap buat pemeriksaan ke atas penutup bahan bakar
dan saluran bahan bakar. Sekiranya berlaku
kebocoran, hubungi ejen servis anda.
Pengangkutan dan penyimpanan
Simpan dan angkut mesin dan bahan bakar supaya
tiada risiko tumpahan atau wasap menyentuh
percikan api atau api biasa, contohnya, dari mesin
elektrik, motor elektrik, geganti elektrik/suis atau
dandang.
Apabila menyimpan dan mengangkut bahan bakar,
gunakan bekas yang sesuai untuk tujuan ini.
Semasa menyimpan mesin untuk jangka masa yang
lama, tangki bahan bakar mesti dikosongkan.
Hubungi stesen minyak berdekatan anda untuk
mengetahui tempat melupuskan bahan bakar
berlebihan. Keringkan tangki ke dalam bekas yang
sesuai dan di dalam kawasan yang mempunyai
pengudaraan yang baik.
Pastikan mesin dibersihkan dan servis lengkap
dilakukan sebelum disimpan untuk tempoh yang
lama.
Pelindung pengangkutan mesti sentiasa dipasang
kepada bahagian pemotongan semasa mesin
diangkut atau disimpan.
Ikat mesin dengan kemas semasa pengangkutan.
Bagi mengelakkan daripada dihidupkan secara tidak
sengaja, penutup palam pencucuh mesti sentiasa
ditanggalkan ketika disimpan untuk tempoh lama, jika
mesin tidak dijaga dan ketika menjalankan kerja-kerja
servis
Biarkan mesin menjadi sejuk sebelum
menyimpannya.
Bahan bakar
AWAS! Mesin ini dilengkapi dengan enjin 2-lejang dan
berfungsi menggunakan campuran petrol dengan minyak
enjin 2-lejang. Adalah penting untuk mengukur dengan
tepat minyak yang hendak dicampurkan bagi memastikan
campuran yang betul diperolehi. Apabila jumlah yang
dicampur sedikit, ketidaktepatan yang sedikit sekalipun
boleh menjejas teruk nisbah campuran.
Petrol
AWAS! Sentiasa menggunakan petrol/campuran minyak
sekurang-kurangnya 90 oktana (RON). Jika mesin anda
dilengkapi dengan penukar katalitik, (lihat bab Data
teknikal) sentiasa menggunakan petrol tanpa plumbum/
campuran minyak bermutu tinggi. Petrol berplumbum
akan merosakkan penukar katalitik.
Gunakan petrol rendah bahan cemar yang juga dikenali
sebagai petrol alkilat, jika ada.
Bahan bakar campuran etanol, E10 boleh digunakan
(maks 10% campuran etanol). Menggunakan campuran
etanol yang lebih tinggi daripada E10 akan menyebabkan
keadaan enjin berkuasa rendah yang boleh
menyebabkan kerosakan enjin.
Oktana paling rendah disyorkan ialah (RON) 90 Jika
anda mengendalikan enjin menggunakan gred
oktana yang lebih rendah daripada RON 90,
kemungkinan berlaku ketukan. Ini akan menjadikan
enjin terlalu panas dan boleh merosakkan enjin
dengan teruk.
Apabila bekerja pada keligatan tinggi berterusan,
kadar oktana lebih tinggi disarankan.
Minyak 2-lejang
Gunakan minyak dua lejang HUSQVARNA yang
diperbuat khas untuk enjin 2 lejang dingin udara untuk
memperoleh hasil dan prestasi terbaik.
Jangan sekali-kali menggunakan minyak 2-lejang
khusus untuk enjin sangkut dengan sistem dingin air,
kadangkala dipanggil minyak enjin sangkut
(dinamakan TCW).
Jangan gunakan minyak khusus untuk enjin 4-lejang.
!
AMARAN! Berhati-hatilah semasa
mengendalikan bahan bakar. Fikirkan
risiko kebakaran, letupan dan menyedut
wasap.
!
AMARAN! Bahan bakar dan wasap bahan
bakar adalah amat mudah terbakar dan
boleh menyebabkan kecederaan serius
apabila tersedut atau tersentuh kulit.
Justeru itu, berhati-hati apabila
mengendalikan bahan bakar dan
pastikan terdapat pengalihan udara yang
cukup.
!
AMARAN! Pastikan anda mempunyai
pengudaraan yang baik apabila
mengendalikan bahan bakar.
H1157097-38,226PTC6,PD3.fm Page 59 Monday, April 18, 2016 8:08 AM