Operators Manual

Table Of Contents
PENGENDALIAN BAHAN BAKAR
60 – Malaysian
Minyak bermutu rendah atau campuran minyak/
bahan bakar terlalu banyak boleh menjejaskan fungsi
penukar katalitik dan memendekkan hayat servis.
Nisbah campuran
1:50 (2%) dengan minyak dua lejang HUSQVARNA.
1.33 (3%) dengan minyak lain yang direka untuk enjin
dua lejang, dingin udara dikelaskan untuk JASO FB/
ISO EGB.
Mencampur
Sentiasa campurkan minyak dengan petrol dalam
tangkungan bersih yang dikhaskan.
Sentiasa mula dengan mengisi setengah petrol yang
hendak digunakan. Kemudian campur kesemua
minyak. Goncangkan campuran bahan bakar.
Tambah kesemua baki petrol.
Campur (goncang) campuran bahan bakar dengan
rata sebelum menuang ke dalam tangki bahan bakar
mesin.
Jangan campur bahan bakar lebih dari keperluan
untuk sebulan.
Jika mesin lama tidak digunakan, kosongkan dan
bersihkan tangki bahan bakar.
Mengisi bahan bakar
Hanya gunakan bekas bahan bakar dengan injap
antitumpahan.
Jika anda tertumpah bahan bakar di atasnya. Lap
tumpahan tersebut dan biarkan bakinya meruap.
Bersihkan kawasan di sekitar penutup bahan bakar.
Pencemaran di dalam tangki boleh menyebabkan
masalah pengendalian.
Pastikan bahan bakar sebati dengan
menggoncangkan bekas sebelum mengisi tangki.
Petrol, liter Minyak 2-lejang, liter
2% (1:50) 3% (1:33)
5 0,10 0,15
10 0,20 0,30
15 0,30 0,45
20 0,40 0,60
!
AMARAN! Peredam bunyi dengan
penukar katalitik menjadi sangat panas
semasa dan selepas diguna. Ini juga
berlaku semasa idel. Berwaspada akan
bahaya kebakaran, terutama sekali
semasa bekerja berdekatan dengan
bahan-bahan atau wap yang mudah
terbakar.
!
AMARAN! Ikuti langkah berikut untuk
mengurangkan risiko kebakaran.
Campurkan dan tuang bahan bakar di
luar bangunan, di tempat yang tiada
percikan atau api.
Jangan merokok atau meletak objek
panas berhampiran bahan bakar.
Sentiasa matikan enjin sebelum mengisi
bahan bakar.
Sentiasa matikan enjin dan biar ia sejuk
beberapa minit sebelum mengisi semula
bahan bakar. Isi semula bahan bakar di
kawasan yang mempunyai pengudaraan
yang baik. Jangan sekali-kali mengisi
bahan bakar ke dalam mesin di dalam
bangunan.
Apabila mengisi bahan bakar, buka
penutup bahan bakar perlahan-lahan
agar tekanan dilepaskan beransur-ansur.
Ketatkan penutup selepas mengisi bahan
bakar.
Sentiasa alihkan mesin daripada tempat
mengisi bahan bakar sebelum
menghidupkannya semula.
H1157097-38,226PTC6,PD3.fm Page 60 Monday, April 18, 2016 8:08 AM