Operators Manual

Table Of Contents
TEKNIK BEKERJA
Malaysian 63
Arahan kerja am
Perlindungan diri
Pakai but dan kelengkapan lain yang diterangkan di
bawah tajuk Kelengkapan perlindungan diri setiap kali
anda menggunakan mesin ini.
Hanya pakai pakaian kerja dan seluar panjang yang
tahan lasak.
Jangan sekali-kali memakai pakaian yang longgar
atau barang kemas.
Pastikan rambut anda tidak terjurai di bawah paras
bahu.
Matikan enjin sebelum berpindah ke kawasan yang
lain. Pasang pelindung pengangkutan sebelum
membawa atau mengangkut kelengkapan ke mana-
mana tempat lain.
Arahan keselamatan berkaitan keadaan
sekeliling
Jangan sekali-kali membenarkan kanak-kanak
menggunakan mesin.
Pastikan tiada sesiapa pun yang menghampiri anda
kurang daripada 5 m semasa bekerja. Berikan
perhatian terutama sekali kepada pemungut hasil
tuaian.
Awasi ular di atas pokok. Ular digunakan untuk
memburu tikus di atas pokok yang memusnahkan
tanaman.
Perhatikan buah-buahan yang boleh gugur dari
pokok.
Pastikan anda bekerja dalam cahaya yang sesuai.
Bayang-bayang pokok boleh menjadikan anda
tersilap menjangka situasi yang berbeza.
Berhati-hati dengan hujung daun yang tajam atau duri
pada buah semasa bekerja dan bergerak.
Jangan sekali-kali membenarkan orang lain
menggunakan mesin tanpa terlebih dahulu
memastikan bahawa mereka telah memahami
kandungan manual operator.
Jangan sekali-kali bekerja di atas tangga, bangku
atau sebarang kedudukan tinggi yang kurang
selamat.
Arahan keselamatan ketika bekerja
Berhati-hati semasa di lokasi seperti ladang bertingkat.
Sentiasa pastikan anda mempunyai kedudukan kerja
yang selamat dan stabil.
Gunakan kedua-dua belah tangan untuk memegang
mesin setiap kali. Gantung mesin di sisi badan anda.
Gunakan tangan kanan untuk mengawal tetapan
pendikit.
PENTING!
Bahagian ini menerangkan langkah-langkah
keselamatan asas untuk menggunakan pemotong
sawit.
Jika anda menghadapi situasi yang anda kurang pasti
tindakan seterusnya, anda hendaklah bertanya kepada
pakar. Hubungi pengedar atau bengkel servis anda.
Elakkan semua penggunaan yang anda anggap di luar
keupayaan anda.
!
AMARAN! Mesin ini boleh menyebabkan
kecederaan teruk. Baca arahan
keselamatan dengan teliti. Belajar cara
menggunakan mesin ini.
!
AMARAN! Alatan pemotong. Jangan
sentuh alatan sebelum anda mematikan
enjin.
H1157097-38,226PTC6,PD3.fm Page 63 Monday, April 18, 2016 8:08 AM