Operators Manual

Table Of Contents
TEKNIK BEKERJA
64 – Malaysian
Pastikan tangan dan kaki anda tidak mendekati alat
pemotong semasa enjin hidup.
Apabila mematikan enjin, jauhkan tangan dan kaki
anda dari alat pemotong sehingga ia berhenti
sepenuhnya.
Baringkan mesin di atas tanah bila sahaja ia tidak
digunakan.
Berwaspadalah terhadap serpihan dahan dan daun
yang boleh terpelanting semasa kerja pemotongan.
Anda juga hendaklah memberi perhatian terhadap
tandan buah dan pelepah yang sedang gugur.
Periksa objek asing di kawasan kerja seperti kabel
elektrik, serangga dan haiwan dsb., atau objek lain
yang boleh merosakkan alat pemotong seperti bahan
keluli.
Untuk mengelakkan objek yang jatuh dan jika perlu
melepaskan mesin, jangan gunakan abah-abah.
Jika terkena sebarang objek asing atau jika berlaku
getaran, hentikan mesin serta-merta. Tanggalkan
kabel Tekanan Tinggi dari palam pencucuh. Pastikan
bahawa mesin tidak rosak. Baiki sebarang kerosakan.
Jika ada sesuatu tersangkut di dalam alat pemotong
semasa anda bekerja, matikan enjin dan biarkan ia
berhenti sepenuhnya, lalu tanggalkan kabel
pencucuhan sebelum membersihkan alat pemotong.
Mesin ini tidak bertebat elektrik. Jika mesin
bersentuhan atau berada terlalu dekat dengan kabel
elektrik voltan tinggi, ini boleh mengakibatkan maut
atau kecederaan yang serius.
Arahan keselamatan selepas selesai
kerja
Penutup pengangkutan mestilah sentiasa dipasang pada
alat pemotong apabila mesin tidak digunakan.
Pastikan alat pemotong sudah berhenti sebelum
mencuci, melakukan pembaikan atau pemeriksaan.
Tanggalkan penutup palam pencucuh daripada palam
pencucuh.
Pakai sarung tangan tahan lasak sepanjang masa
mengendalikan alat pemotong. Ia amat tajam dan
mudah melukakan.
Simpan mesin di tempat yang jauh dari jangkauan
kanak-kanak.
Gunakan hanya alat ganti yang tulen untuk
pembaikan.
Keselamatan tempat kerja
Perhatikan lingkaran pelepah.
Untuk mengerjakan lingkaran pelepah, lihat ilustrasi.
Teknik kerja asas
Gantungkan mesin serapat yang mungkin dengan
badan anda untuk mendapatkan imbangan terbaik.
Pastikan hujungnya tidak menyentuh tanah.
Jangan bekerja tergopoh-gapah.
Perlahankan enjin kepada kelajuan melahu setiap kali
selepas setiap pengendalian kerja. Memutar pendikit
sepenuhnya untuk tempoh yang lama tanpa sebarang
beban pada enjin boleh menyebabkan kerosakan
enjin yang serius.
Biarkan enjin kembali pada kelajuan melahu antara
setiap kerja pemotongan. Memutar pendikit
sepenuhnya untuk tempoh yang lama boleh
PENTING!
Pastikan kawasan kerja anda lapang dan tiada
halangan seperti pelepah, serta awasi lubang, lekukan
dan bonggol.
Rancang kerja anda dan pastikan laluan
menyelamatkan diri adalah lapang, serta elakkan
pelepah dan tandan buah yang gugur.
Pastikan orang yang tiada urusan tidak berada di situ.
H1157097-38,226PTC6,PD3.fm Page 64 Monday, April 18, 2016 8:08 AM