Operators Manual

Table Of Contents
TEKNIK BEKERJA
Malaysian 65
menyebabkan kerosakan serius pada cekam
emparan.
Berikan perhatian sepenuhnya semasa bekerja di bawah
talian elektrik. Dahan yang jatuh boleh mengakibatkan
litar pintas.
Alatan
Gunakan pemotong aci tetap apabila kerja pemotongan
adalah di bawah ketinggian bahu. Gunakan pahat.
Gunakan pemotong aci tetap apabila kerja pemotongan
lebih tinggi daripada ketinggian bahu tetapi lebih rendah
daripada 3 meter. Gunakan sabit kecil.
Gunakan pemotong aci teleskopik dan sabit besar
apabila ketinggian pokok sawit adalah antara 3-6 meter.
!
AMARAN! Jangan sekali-kali berdiri
betul-betul di bawah pokok yang sedang
dipotong. Ini boleh mendatangkan
kecederaan yang serius atau membawa
maut.
!
AMARAN! Perhatikan peraturan
keselamatan yang berkenaan untuk
bekerja di sekitar kawasan di bawah
talian elektrik.
!
AMARAN! Mesin ini tidak bertebat
elektrik. Jika mesin bersentuhan atau
berada terlalu dekat dengan kabel
elektrik voltan tinggi, ini boleh
mengakibatkan maut atau kecederaan
yang serius. Tenaga elektrik boleh
melompat dari satu titik ke titik yang lain
dengan pengarkaan. Semakin tinggi
voltan, semakin jauh jarak elektrik boleh
melompat. Tenaga elektrik juga boleh
mengalir melalui ranting dan objek lain,
terutamanya jika ia basah. Pastikan jarak
sekurang-kurangnya 10 m setiap masa di
antara mesin dan kabel elektrik voltan
tinggi dan/atau sebarang objek yang
menyentuhnya. Setiap kali anda perlu
melakukan kerja dalam jarak selamat ini,
anda hendaklah menghubungi syarikat
bekalan elektrik yang berkaitan bagi
memastikan tenaga elektrik dimatikan
sebelum memulakan kerja.
!
AMARAN! Mesin ini mempunyai
jangkauan yang jauh. Sila pastikan tiada
manusia atau haiwan yang datang dekat
kurang daripada 15 m semasa mesin
sedang berjalan. Jangan sekali-kali
menghayun mesin tanpa terlebih dahulu
memeriksa kawasan di belakang anda
bagi memastikan tiada sesiapa berada di
dalam zon keselamatan.
!
AMARAN! Jangan sekali-kali
mengaktifkan pendikit tanpa melihat
kepada keseluruhan alat pemotong.
H1157097-38,226PTC6,PD3.fm Page 65 Monday, April 18, 2016 8:08 AM