User Manual

37BAHASAMALAYSIA
Beg storan TOSTERÖ melindungi pelapik
luar dan kusyen anda daripada matahari,
kotoran, habuk dan debunga - dan juga
bantu anda menyimpannya secara teratur
apabila tidak digunakan. Dengan melindungi
pelapik dan kusyen anda di dalam beg
storan, ia akan kelihatan berseri dan baharu
lebih lama kerana disimpan dengan cara
yang mudah dan berkesan. Pastikan pelapik
dan kusyen betul-betul kering sebelum
disimpan di dalam beg storan.
CARAMENGGUNAKANNYA
Perhatian! Beg tidak boleh diterbalikkan.
Sisi berkilat hendaklah sentiasa menghadap
ke dalam ke arah pelapik dan kusyen.
Kami cadangkan agar anda menyimpan
pelapik luar dan kusyen anda di dalam beg
storan apabila tidak digunakan untuk kekal
bersih dan berseri. Letakkan beg storan di
bawah bumbung dan bukan pada sentuhan
langsung tanah atau lantai. Semasa di luar
musim, simpan beg dengan pelapik dan
kusyen di di tempat yang kering dan dingin
di dalam rumah.
ARAHAN PENJAGAAN
Untuk menanggalkan habuk dan kotoran,
semburkan air sejuk (30°C) di atas beg
kosong menggunakan hos di luar atau
kesatnya dengan kain lembut yang
direndam di dalam air. Untuk bahagian yang
teramat kotor, berus menggunakan span
yang direndam di dalam bahan pencuci yang
lembut, kemudian bilas dengan air sejuk.
Pastikan yang beg storan telah dikeringkan
sebelum memasukkan semula pelapik luar
dan kusyen ke dalamnya.