User Manual

38
Nasihat penggunaan
Panel dinding buatan seramik padu tanpa
sebarang resin atau polimer. Ia dibuat
dengan menggunakan haba dan tekanan
yang amat sangat bagi melakurkan bahan-
bahan bersama-sama. Hasilnya permukaan
tak berliang yang bersih dan amat tahan
terhadap haba dan calar.
Penjagaan dan selenggaraan
Air mendidih dan percikan daripada
masakan tidak akan merosakkan panel
dinding. Untuk bersihan harian, gunakan
kain lembut dilembapkan dengan air
panas dan bahan cuci yang lembut atau
sabun. Kemudain kesat sehingga kering
menggunakan kain bersih atau tuala kertas.
Panel dinding boleh tahan terhadap
kebanyakan bahan kimia rumah, dan
memandangkan permukaan tak berliang,
cecair tidak boleh menembusi ke dalam
permukaan dan menyebabkan kesan
kotoran. Pendedahan jangka panjang
pada larutan pencuci boleh menyebabkan
kerosakan kekal atau pelunturan pada
permukaan panel dinding. Jika terjadi
tumpahan, segera bilas menggunakan air
bagi meneutralkan kesan pendedahan pada
produk berpotensi membahayakan.
Elakkan sentuhan secara langsung dengan
nyalaan terbuka.
Jangan guna pisau seramik atau objek tajam
terus pada permukaan panel dinding.
BAHASAMALAYSIA