User Manual
42Bahasa Indonesia
Pemutar skru/gerudi Li-ion FIXA 14.4V
SPESIFIKASI TEKNIKAL
Voltan: 14.4 V
Jenis bateri: 1.3 Ah Lithium-Ion
Pengecas: Voltan sesalur setempat
Masa pengecasan: 3 - 5 jam
Kapasiti cuk: 0.8 - 10 mm (1/32"-3/8")
Tork mudah laras: 19 + pengerudian
Tork maks.: 16 Nm
Rpm maks. (kelajuan tanpa beban):
Posisi I 0 - 350 /min
Posisi II 0 - 1200 /min
Pemegang untuk bit
pemutar skru: 6.35 mm (1/4")
Cuk: 10 mm (3/8"), tanpa kunci, cuk pasang cepat
lepas cepat
Berat: 1.1 kg (2.42 lbs)
Getaran (mengikut EN 62841-1, EN 62841-2-1):
Mengerudi ke dalam logam
< ah.D=0.7 m/s², K=1.5 m/s²,
Hingar (mengikut EN 62841-1):
Aras tekanan hingar Lpa = 65 dB (A),
Kpa = 5 dB (A)
Aras kuasa hingar Lwa = 76 dB (A),
Kwa = 5 dB (A
SENARAI CIRI-CIRI
Ciri-ciri produk yang bernombor di bawah
merujuk kepada ilustrasi pemutar skru/gerudi
pada laman grak.
1. Cekam tanpa kunci
2. Pengatur tork
3. Pemilih gear
4. Suis arah putaran
5. Picu/kawalan pelbagai kelajuan
6. Bekas untuk mata pemutar skru
7. Diod lampu
8. Transformer untuk pengecas
9. Palam transformer
10. Gelung belakang
11. Sarung hadapan
PENGGUNAAN
Pemutar skru/gerudi tanpa kord ini boleh
digunakan untuk menggerudi pada kayu,
plastik dan bahan besi lembut, dan juga untuk
mengetatkan/melonggarkan skru.
Mata gerudi yang disertakan sesuai untuk
penggunaan ini. Penggunaan lain dengan mata
gerudi ini tidak disyorkan.
Penggunaan alat ini tidak sesuai dengan mereka
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya,
atau kurang pengetahuan ndan pengalaman,
melainkan telah diawasi atau diberi arahan
penggunaan alat ini oleh mereka yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan
pengguna.
Kanak-kanak harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan alat ini.
ARAHAN KESELAMATAN SPESIFIK MESIN
ARAHAN KESELAMATAN AM
AMARAN!
Baca semua amaran dan arahan.
Kegagalan untuk mengikuti semua arahan di
bawah mungkin akan mengakibatkan kejutan
elektrik, kebakaran dan/atau kecederaan serius.
Simpan arahan ini untuk rujukan di masa
hadapan.
Terma "power tool" pada semua amaran di
bawah merujuk kepada alatan yang beroperasi
menggunakan elektrik (berkord) atau bateri
(tanpa kord).
Keselamatan ruang kerja
a. Pastikan ruang kerja bersih dan terang.
Ruang yang bersepah dan gelap akan
mengundang kemalangan.
b. Jangan menggunakan alat di kawasan yang
cenderung kepada letupan, contohnya