User Manual
46
PEMASANGAN
Sebelum apa-apa kerja dilakukan terhadap
mesin (seperti penyelenggaraan, menukar
ganti peralatan, dsb) dan juga ketika
pengangkutan dan storan, setkan suis arah
pusingan kepada posisi tengah. Picu tergerak
tanpa sengaja boleh menyebabkan kecederaan.
Mengecas pemutar skru/gerudi anda
Apabila pengecas disambungkan kepada bekalan
elektrik, diod merah pada pemutar skru/gerudi
menyala. Diod menyala apabila bateri sedang
dicas (7).
Pemutar skru/gerudi boleh dicas beberapa ratus
kali mengikut penggunaan biasa alatan ini.
PERHATIAN! Proses mengecas menjana haba di
dalam bateri.
Nota: Bateri yang dibekalkan bersama pemutar
skru/gerudi telah dicas untuk tujuan pengujian
dan mesti dicas sepenuhnya sebelum pertama
kali digunakan.
Pertama, baca arahan keselamatan, kemudian
ikuti arahan muatan. Masukkan palam
transformer ke dalam soket pada pemutar
skru/gerudi. Kemudian sambungkan pengecas
transformer ke bekalan elektrik.
Pastikan tiada simpulan atau bengkokan tajam
pada kabel.
Transformer pengecas dan bateri telah direka
untuk digunakan bersama.
JANGAN gunakan pengecas ini untuk mengecas
peralatan tanpa kord atau bateri daripada
pengeluar yang lain. Bateri akan kehilangan
cas dalam suatu jangka masa, walaupun jika
peralatan tidak digunakan.
Bateri ion litium ini dilindungi daripada terlebih
cas dengan "Electronic Cell Protection (ECP)".
Apabila bateri kosong, mesin ini di padamkan
oleh litar perlindungan. Alat yang dimasukkan
tidak lagi berputar.
AMARAN Jangan terus menekan suis
On/Oseleppasalatinidipadamkansecara
automatik. Bateri boleh rosak.
AMARAN! Cas bateri pada permukaan
tidak mudah terbakar. Jangan cas bateri lebih
daripada 8 jam. Diod merah akan bertukar
menjadi hijau apabila bateri telah penuh.
Cabut kabel dan simpan transformer di tempat
yang sesuai apabila tidak digunakan.
Mengecas bateri dalam suhu di bawah paras
beku adalah tidak disyorkan.
ARAHAN PENGGUNAAN
Menggunakan alat
Nota: Percikan api mungkin boleh dilihat
menerusi slot di dalam bekas motor ketika
dikendalikan. Percikan api ini merupakan tindak
balas normal motor apabila digunakan dan
terhasil oleh komponen di dalam motor yang
bergerak dan terkena antara satu sama lain.
Fungsi alat ini tidak dipengaruhi oleh percikan ini.
Walaubagaimana pun, kami mengesyorkan alat
kuasa ini tidak digunakan berdekatan sebarang
cecair, gas atau habuk yang mudah terbakar,
yang boleh menyalakan percikan api ini.
Memasang bilah gerudi/pemandu
Sebelum apa-apa kerja pada mesin (seperti
penyelenggaraan, penukaran alat ganti, dsb) dan
juga ketika pengangkutan dan storan, setkan suis
arah pusingan ke posisi tengah.
Picu yang tergerak tanpa sengaja boleh
menyebabkan kecederaan. Laraskan bindu
hingga bukaan lebih besar daripada batang
bilah yang akan digunakan. Masukkan bilah ke
dalam bindu. Ketatkan bilah pada gerudi seperti
diterangkan di bawah (Bindu tanpa kunci).