User Manual

47
Mengawal kelajuan batang
Anda boleh mengawal kelajuan batang
daripada kosong ke maksimum dengan
mengubah tekanan yang dikenakan pada
picu. Ini membolehkan anda memilih kelajuan
optimum untuk tugas yang sedang dilakukan.
Gunakan kelajuan lebih rendah untuk mengetat/
melonggarkan skru (posisi 1 pada pemilih gear
(3)).
Memilih kelajuan batang
Gunakan kelajuan yang rendah apabila mula
menggerudi logam, plastik atau bahan seramik,
dengan menggunakan fungsi pemutar skru atau
melakukan kerja yang memerlukan tork yang
tinggi. Gunakan kelajuan yang tinggi apabila
menggerudi kayu (posisi 2 pada pemilih gear (3)).
Membalikkan arah pusingan
Anda boleh membalikkan arah pusingan dengan
menggunakan suis arah pusingan (4).
Untuk mengunci picu, setkan pemilih ke posisi
tengah antara pilihan kanan dan kiri.
Melaraskan keketatan
Pusing pengawal tork (2) ke posisi yang
diinginkan. Setting 1-19 digunakan untuk
mengetat/melonggarkan skru (lebih tinggi
nilai, lebih ketat). Pilih simbol gerudi sebelum
menggunakan alat untuk menggerudi.
Bindu tanpa kunci
Gerudi anda mempunyai bindu tanpa kunci jadi
anda boleh mengetat atau mengeluarkan bilah
gerudi/pemandu dengan mudah.
Untuk membuka/menutup bindu, pegang gelung
belakang (10) dan pusingkan sarung hadapan (11).
AMARAN: RISIKO TERSEPIT
Jangan memegang bahagian hadapan cekam
dengan satu tangan pada masa yang sama ketika
anda membuka atau menutup rahang cekam
dengan bantuan motor pemutar skru/gerudi.
PENYELENGGARAAN DAN PEMBERSIHAN
Sebelum apa-apa dilakukan ke atas mesin
(seperti penyelenggaraan, penukaran alat
ganti, dsb) dan juga pengangkutan dan
storan, setkan suis arah putaran kepada
posisi tengah. Gerakan picu tanpa sengaja boleh
mengakibatkan kecederaan.
Sentiasa kekalkan mesin dan pengudaraan
dalam keadaan bersih untuk keselamatan dan
supaya mesin berfungsi dengan baik.
ARAHAN PELUPUSAN ALAM SEKITAR
Maklumat (untuk kediaman peribadi) mengenai
pelupusan mesra alam sekitar barangan elektrik
dan elektronik adalah selari dengan arahan WEEE
(Waste Electrical and Electronic Equipment).
Simbol pada produk elektrik dan elektronik
dan dokumentasi yang disertakan bersamanya
menunjukkan bahawa produk ini tidak boleh
dibuang dengan bahan buangan kediaman
yang biasa. Produk ini mesti dibawa ke tempat
pelupusan yang dikhaskan untuk pelupusan,
rawatan, penggunaan semula dan kitar semula
seperti yang sepatutnya. Di sesetengah
negara, produk mungkin boleh dipulangkan
apabila membeli produk baru yang sama.
Anda membantu menjimatkan sumber semula
jadi yang berharga dan menghapuskan kesan
negatif berpunca daripada pembuangan tidak
bertanggungjawab yang boleh merosakkan
kesihatan dan alam sekitar, dengan melupuskan
produk ini secara betul. Sila hubungi pihak
berkaitan di tempat anda untuk mendapatkan
maklumat tentang pusat pemungutan WEEE yang
terdekat. Anda boleh disaman atau dikenakan
penalti lain mengikut undang-undang jika anda
didapati melupuskan bahan buangan seperti ini
dengan cara yang tidak disahkan.