User Manual
Jika terkena mata, dapatkan
bantuan perubatan. Cecair daripada
bateri boleh menyebabkan kerengsaan
atau kelecuhan.
Servis
a. Pastikan alat anda dibaiki
oleh pakar yang diiktiraf yang
menggunakan hanya alat ganti
yang sama.
Ini akan mengekalkan keselamatan alat
ini.
ARAHAN KESELAMATAN
SPESIFIK MESIN
Amaran keselamatan untuk gerudi
dan pemutar skru
Guna pengesan yang sesuai untuk
menentukan jika saluran utiliti
tersembunyi dalam kawasan kerja
atau hunbungi syarikat utiliti
tempatan anda untuk bantuan.
Tersentuh saluran elektrik boleh
menyebabkan kebakaran dan kejutan
elektrik. Menembusi saluran air
menyebabkan kerosakan harta benda atau
boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Padamkan suis alat serta-merta
apabila tersekat. Bersedia untuk
tindak balas tork yang tinggi yang
boleh menyebabkan anjalan. Sisipan
alat boleh tersekat apabila:
• alatan terlebih muatan atau ia tersekat
• di dalam bahan kerja.
Pegang mesin ini dengan genggaman
yang kuat. Tork bertindak balas tinggi
boleh berlaku ketika mengetatkan atau
melonggarkan skru.
Kemaskan bahan kerja. Bahan kerja
yang diapit dengan alat pengapit atau
ragum adalah lebih kemas berbanding
yang dipegang dengan tangan.
Pastikan tempat kerja anda bersih.
Campuran bahan adalah merbahaya.
Habuk daripada aloi ringan boleh terbakar
atau meletup.
Sentiasa tunggu sehingga alat
benar-benar berhenti sebelum
meletakkannya. Sisipan alat boleh
tersekat dan menyebabkan alat ini hilang
kawalan.
Elakkan menghidupkan suis tanpa
sebab. Pastikan picu dalam posisi padam
ketika memasukkan pek bateri. Membawa
alatan ini dengan jari anda pada picu atau
memasukkan pek bateri ketika suis hidup
meninggikan risiko kemalangan.
Amaran Keselamatan pengecas bateri
Untuk kegunaan dalam bangunan
sahaja.
Ditebat dua kali.
Jauhkan pengecas bateri daripada
hujan atau kelembapan. Risiko kejutan
elektrik meningkat apabila air masuk ke
pengecas bateri.
Jangan mengecas bateri jenis yang
lain. Pengecas bateri hanya sesuai untuk
mengecas bateri yang disertakan bersama
peralatan anda. Jika sebaliknya berlaku,
terdapat risiko kebakaran dan letupan.
Pastikan pengecas bateri sentiasa
bersih. Pengecas yang tercemar boleh
mengakibatkan kejutan elektrik.
40