User Manual
Sebelum setiap penggunaan, periksa
pengecas bateri, kabel dan palam. Jika
terdapat kerosakan, jangan gunakan
pengecas bateri itu. Jangan membuka
pengecas bateri sendiri. Pastikan
ia dibaiki oleh juruteknik yang
berkelayakan. Pengecas bateri, kabel
dan palam yang rosak meningkatkan risiko
kejutan elektrik.
Jangan gunakan pengecas bateri
pada permukaan atau persekitaran
yang mudah terbakar (seperti kertas,
tekstil, dsb). Haba pengecas bateri ketika
proses mengecas boleh mendedahkan
kepada bahaya terbakar.
Awasi kanak-kanak agar mereka tidak
bermain dengan pengecas bateri ini.
MAKLUMAT GETARAN
Paras getaran
Aras pelepasan getaran yang dinyatakan
di dalam manual arahan telah diukur
menurut standard ujian yang dinyatakan
di dalam EN 62841. Ia mungkin boleh
digunakan untuk membandingkan satu alat
dengan yang lain dan sebagai penilaian
awal pendedahan pada getaran apabila
alat ini digunakan seperti yang dinyatakan
di dalam manual ini. Walau bagaimanapun,
menggunakan alat ini untuk penggunaan
yang berbeza-beza, atau dengan aksesori
yang tidak disenggara dengan baik atau
yang berbeza-beza, boleh meningkatkan
aras dedahan getaran dengan ketara.
Anggaran aras dedahan pada getaran
harus diambil kira ketika alat ini tidak
dihidupkan, atau semasa ia dihidupkan
tetapi sebenarnya tidak digunakan, kerana
ini mengurangkan aras dedahan mengatasi
jumlah tempoh bekerja secara ketara.
Lindungi diri anda daripada kesan
getaran dengan menyenggara alat ini dan
aksesorinya, memanaskan tangan anda,
dan merangka pelan kerja anda.
PEMASANGAN
Sebelum apa-apa kerja dilakukan
terhadap mesin (seperti
penyelenggaraan, menukar ganti
peralatan, dsb) dan juga ketika
pengangkutan dan storan, setkan
suis arah pusingan kepada posisi
tengah. Picu tergerak tanpa sengaja boleh
menyebabkan kecederaan.
Mengecas pemutar skrew anda.
Apabila pengecas disambungkan kepada
bekalan elektrik, diod merah di pemutar
skrew (Gambar 2) (2.2) akan menyala.
Diod akan menyala apabila bateri sedang
dicas. Pada kegunaan biasa pemutar
skrew boleh dicas berulang-ulang kali.
PERHATIAN! Proses mengecas semula
menjana haba di dalam bateri.
Nota: Bateri yang dibekalkan bersama
pemutar skrew telah dicas untuk tujuan
ujian sahaja dan mesti dicas semula
sepenuhnya sebelum penggunaan kali
pertama.
Mula-mula baca arahan keselamatan,
kemudian ikuti arahan memasang.
Masukkan plug pengecas (Gambar2) 2.1
ke dalam soket pengecas di pemutar
skrew. Kemudian sambung pengecas ke
bekalan elektrik. Pastikan tiada simpulan
atau bengkokan tajam pada kabel.
Pengecas dan bateri telah direka untuk
penggunaan bersama.
JANGAN guna pengecas ini untuk
mengecas semula perkakas tanpa kord
atau bateri dari mana-mana pengeluar.
Bateri ini akan kehilangan casnya
perlahan-lahan mengikut suatu jangka
masa, walaupun alat ini tidak digunakan.
41