User Manual
35Bahasa Malaysia
Pemutar skru/gerudi FIXA, Li-Ion 7.2V
SPESIFIKASI TEKNIKAL
Voltan/jenis bateri: 7.2 V bateri litium-ion.
Putaran maks. per minit
(kelajuan tiada muatan): 0-400 rpm.
Kilas maks.: 5 Nm.
Pemegang untuk bit
pemutar skru: 6.35 mm (1/4").
Cuk: 10 mm (3/8"), tiada kunci, cuk cepat muat/
cepat buka.
Pengecas: Voltan tempatan utama.
Masa memuat: 3-8 jam.
Maklumat lain: Kilas boleh laras.
Getaran (mengikut EN 62841-1, EN 62841-2-1):
Mengerudi ke dalam logam
< ah.D=0.945 m/s², K=1.5 m/s²,
ah=0.564 m/s², K=1.5 m/s²
Hingar (mengikut EN 62841-1):
Aras tekanan hingar Lpa = 63.4 dB (A),
Kpa = 5 dB (A)
Aras kuasa hingar Lwa = 74.4 dB (A),
Kwa = 5 dB (A)
Komponen
Nombor ciri produk yang ditunjukkan merujuk
kepada ilustrasi pemutar skru/gerudi pada
halaman grak.
1. Cuk tanpa kunci
2. Pengawal kilas
3. Pilihan untuk pusingan kanan/kiri
4. Pengawal laju berubah tak terhingga/picu
5. Pengecas
6. Plag pengecas
7. Soket pengecas
8. Penunjuk pengecas
9. Pemegang untuk bit pemutar skru
PENGGUNAAN
Pemutar skru/gerudi tanpa kord ini boleh
digunakan untuk menggerudi pada kayu,
plastik dan bahan besi lembut, dan juga untuk
mengetatkan/melonggarkan skru.
Mata gerudi yang disertakan sesuai untuk
penggunaan ini. Penggunaan lain dengan mata
gerudi ini tidak disyorkan.
Penggunaan alat ini tidak sesuai dengan mereka
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya,
atau kurang pengetahuan ndan pengalaman,
melainkan telah diawasi atau diberi arahan
penggunaan alat ini oleh mereka yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan
pengguna.
Kanak-kanak harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan alat ini.
ARAHAN KESELAMATAN AM
AMARAN!
Baca semua amaran dan arahan.
Kegagalan untuk mengikuti semua arahan di
bawah mungkin akan mengakibatkan kejutan
elektrik, kebakaran dan/atau kecederaan serius.
Simpan arahan ini untuk rujukan di masa
hadapan.
Terma "power tool" pada semua amaran di
bawah merujuk kepada alatan yang beroperasi
menggunakan elektrik (berkord) atau bateri
(tanpa kord).
Keselamatan ruang kerja
a. Pastikan ruang kerja bersih dan terang.
Ruang yang bersepah dan gelap akan
mengundang kemalangan.
b. Jangan menggunakan alat di kawasan yang
cenderung kepada letupan, contohnya
berdekatan dengan cecair, gas dan habuk
yang mudah terbakar. Alat ini menghasilkan
percikan api yang boleh menyebabkan
kebakaran.
c. Jauhkan daripada kanak-kanak dan orang
ramai ketika menggunakan alat. Kelalaian
boleh menyebabkan anda hilang kawalan.
Keselamatan elektrik
a. Plak'powertool'mestilahbersesuaian
dengan soket. Jangan mengubahsuai plak
dengan apa cara sekalipun. Jangan gunakan