User Manual

37
jajaran atau pengikatan bagi bahagian
yang bergerak, bahagian yang patah dan
sebarang keadaan lain yang mungkin
mengesankan pengendalian alat kuasa
ini. Jika rosak, baiki alat kuasa ini sebelum
digunakan. Kebanyakan kemalangan adalah
disebabkan daripada alat kuasa yang tidak
diselenggara dengan baik.
f. Pastikan alat pemotong tajam dan bersih.
Alat pemotong yang diselenggara dengan
betul dengan mata pemotong yang tajam
mengurangkan risiko mengikat dan mudah
untuk dikawal.
g. Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
dsb, mengikut arahan ini dan melalui cara
yang dikhususkan untuk jenis alat kuasa
yang tertentu, mengambil kira keadaan
tugas dan tugas yang akan dijalankan.
Penggunaan alat kuasa ini bagi tujuan operasi
yang berbeza-beza daripada yang dikhususkan
boleh menimbulkan risiko yang berbahaya.
h. Pemegang dan permukaan genggam
hendaklah kekal kering, bersih dan bebas
daripada minyak dan gris. Pemegang dan
permukaan genggam yang licin tidak memberi
ruang untuk pengendalian alatan yang selamat
dan terkawal dalam keadaan yang tidak
diingini.
i. Pegang alat ini di bahagian permukaan
genggaman berpenebat apabila melakukan
kerja yang mungkin menyebabkan alat
terkena wayar tersembunyi atau kord
sendiri. Terkena wayar hidup menyebabkan
bahagian logam terdedah alat ini hidup dan
boleh memberikan pengguna kejutan elektrik.
Cara menggunakan dan menjaga alat bateri
a. Caskan bateri hanya dengan pengecas
yang ditentukan oleh pengilang. Pengecas
untuk bateri tertentu akan mewujudkan risiko
kebakaran apabila digunakan dengan bateri
lain yang tidak sesuai.
b. Gunakan alat dengan bateri yang dikhaskan
secaraspesik.Penggunaan bateri yang lain
mungkin mengakibatkan risiko kecederaan
dan kebakaran.
c. Apabila bateri tidak digunakan, jauhkannya
daripada objek besi seperti klip kertas,
syiling, kunci, paku, skru atau lain-lain objek
besi kecil yang boleh menyambungkan
satu terminal ke terminal yang lain.
Menyambungkan terminal bateri boleh
menyebabkan melecur atau kebakaran.
d. Penggunaan yang tidak betul
mengakibatkan cecair keluar daripada
bateri; elakkan sentuhan. Jika tersentuh,
bilas dengan air. Jika terkena mata,
dapatkan bantuan perubatan. Cecair
daripada bateri boleh menyebabkan
kerengsaan atau kelecuhan.
Servis
a. Pastikan alat anda dibaiki oleh pakar yang
diiktiraf yang menggunakan hanya alat
ganti yang sama.
Ini akan mengekalkan keselamatan alat ini.
ARAHAN KESELAMATAN SPESIFIK MESIN
Amaran keselamatan untuk gerudi dan
pemutar skru
Guna pengesan yang sesuai untuk
menentukan jika saluran utiliti tersembunyi
dalam kawasan kerja atau hunbungi syarikat
utiliti tempatan anda untuk bantuan.
Tersentuh saluran elektrik boleh menyebabkan
kebakaran dan kejutan elektrik. Menembusi
saluran air menyebabkan kerosakan harta benda
atau boleh menyebabkan kejutan elektrik.
Padamkan suis alat serta-merta apabila
tersekat. Bersedia untuk tindak balas tork
yang tinggi yang boleh menyebabkan anjalan.
Sisipan alat boleh tersekat apabila:
alatan terlebih muatan
atau ia tersekat di dalam bahan kerja.
Pegang mesin ini dengan genggaman yang
kuat. Tork bertindak balas tinggi boleh berlaku
ketika mengetatkan atau melonggarkan skru.
Kemaskan bahan kerja. Bahan kerja yang
diapit dengan alat pengapit atau ragum adalah
lebih kemas berbanding yang dipegang dengan
tangan.