User Manual
39
Di bawah keadaan biasa penggunaan pemutar
skru, ia boleh dicas sebanyak beberapa ratus kali.
PERHATIAN! Proses mengecas menjana haba di
dalam bateri.
Nota: Bateri yang dibekalkan dengan pemutar
skru telah dicas atas tujuan untuk diuji sahaja dan
mesti dicas sepenuhnya sebelum pertama kali
digunakan.
Pertama, baca arahan keselamatan kemudian
ikuti arahan memuatkan. Masukkan palam
pengecas ke dalam soket di dalam pemutar skru/
gerudi. Kemudian sambungkan pengecas kepada
bekalan elektrik.
Pastikan tiada simpulan atau lipatan tajam pada
kabel.
Transformer kabel dan baterinya telah direka
bentuk untuk digunakan bersama.
JANGAN sesekali gunakan pengecas ini untuk
mengecas peralatan tanpa kord atau bateri
daripada pengeluar lain.
Bateri ini akan kehilangan casnya perlahan-lahan
mengikut suatu jangka masa, walaupun alat ini
tidak digunakan.
Bateri litium-ion ini dilindungi terhadap
pengecasan terlampau oleh "Perlindungan Sel
Elektronik" (ECP)". Apabila bateri kosong, mesin
dipadamkan oleh litar perlindungan: Alat ini tidak
lagi berputar.
AMARAN! Jangan terus menekan suis
ke hadapan atau ke belakang selepas mesin
telah terpadam secara automatik. Baterinya
boleh rosak.
AMARAN! Cas bateri di atas permukaan
yang tidak mudah terbakar. Jangan cas bateri
lebih daripada lapan jam. Diod merah akan
terpadam apabila bateri sudah penuh.
Cabut kabel dan simpan pengecas di tempat yang
sesuai apabila ia tidak digunakan.
Menyimpan bateri di bawah suhu paras beku
adalah tidak disyorkan.
ARAHAN PENGGUNAAN
Nota: Percikan api mungkin boleh dilihat
menerusi slot di dalam bekas motor ketika
dikendalikan. Percikan api ini merupakan tindak
balas normal motor apabila digunakan dan
terhasil oleh komponen di dalam motor yang
bergerak dan terkena antara satu sama lain.
Fungsi alat ini tidak dipengaruhi oleh percikan ini.
Walaubagaimana pun, kami mengesyorkan alat
kuasa ini tidak digunakan berdekatan sebarang
cecair, gas atau habuk yang mudah terbakar,
yang boleh menyalakan percikan api ini.
Mengawal kelajuan aci
Pengawalan kelajuan aci boleh dilakukan dari
sifat ke maksimum dengan mengubah tekanan
pada picu.
Arah pusingan yang berlawanan
Anda boleh membuat pusing yang berlawanan
menggunakan pemilih di atas picu.
Untuk mengunci picu, set pemilih ke kedudukan
tengah di antara pilihan kiri dan kanan.
Melaras ketat
Pusingkan pengawal kilas untuk kedudukan yang
diingini. Set 1-15 digunakan untuk mengetatkan/
melonggarkan skru (lebih tinggi nilainya, lebih
menjadi lebih ketat). Pilih simbol gerudi sebelum
menggunakan peralatan untuk menggerudi.
Cuk tanpa kunci
Pengerudi anda mempunyai cuk tanpa kunci
supaya anda boleh ketatkan atau keluarkan
pengerudi/matanya.
Untuk membuka/menutup cuk, pegang lingkaran
di belakang dan pusing lengan di depan.