User Manual
40
AMARAN: RISIKO TERPERANGKAP
Jangan pegang depan lengan cuk dengan
sebelah tangan pada masa yang sama semasa
membuka atau menutup rahang cuk dengan
bantuan pengerusi/motor pemacu.
Pengerudi pasang/bit pemandu
Setkan pemacu pengerudi/pemandu pada
kedudukan di tengah.
Laras cuk sehingga bukaannya agak lebih lebar
daripada aci pengerudi bit yang anda ingin
gunakan.
Masukkan bit pengerudi ke dalam cuk.
Ketatkan cuk bertentangan pengerudi seperti
yang dihuraikan di atas (Cuk tanpa kunci).
PENYENGGARAAN DAN PEMBERSIHAN
Sebelum sebarang tugas dilakukan ke atas
mesin ini (cth. penyenggaraan, menukar
alat, dsb) dan juga ketika pengangkutan dan
storan, set pemilih untuk putaran kanan/
kiri ke posisi tengah. Picu yang tergerak tanpa
sengaja boleh menyebabkan kecederaan.
Pastikan mesin dan slot pengudaraan bersih
agar ia berfungsi dengan selamat dan betul.
ARAHAN PELUPUSAN MESRA ALAM SEKITAR
Maklumat (untuk kediaman peribadi) mengenai
pelupusan mesra alam sekitar barangan elektrik
dan elektronik adalah selari dengan arahan WEEE
(Waste Electrical and Electronic Equipment).
Simbol pada produk elektrik dan elektronik
dan dokumentasi yang disertakan bersamanya
menunjukkan bahawa produk ini tidak boleh
dibuang dengan bahan buangan kediaman
yang biasa. Produk ini mesti dibawa ke tempat
pelupusan yang dikhaskan untuk pelupusan,
rawatan, penggunaan semula dan kitar semula
seperti yang sepatutnya. Di sesetengah
negara, produk mungkin boleh dipulangkan
apabila membeli produk baru yang sama.
Anda membantu menjimatkan sumber semula
jadi yang berharga dan menghapuskan kesan
negatif berpunca daripada pembuangan tidak
bertanggungjawab yang boleh merosakkan
kesihatan dan alam sekitar, dengan melupuskan
produk ini secara betul. Sila hubungi pihak
berkaitan di tempat anda untuk mendapatkan
maklumat tentang pusat pemungutan WEEE yang
terdekat. Anda boleh disaman atau dikenakan
penalti lain mengikut undang-undang jika anda
didapati melupuskan bahan buangan seperti ini
dengan cara yang tidak disahkan.