User Manual

33
BahasaMalaysia
Membersihkansinkkelulitahankarat
Sink keluli tahan karat tidak menyerap rasa atau
bau dan sentiasa segar selama beberapa tahun
jika dicuci secara kerap dan teratur. Oleh itu, lap
sink menggunakan kain lembap atau span dan
sabun pencuci jika perlu selepas ia digunakan.
Bilas mangkuk dengan air dan kemudian
lap sink menggunakan kain kering untuk
mengelakkan kesan kotoran mendapan air yang
kering. Anda juga perlu lap sabun pencuci atau
pembersih untuk mengelakkan kesan kotoran.
Jangan tinggalkan cecair klorus dalam mangkuk
atau pada sink selama beberapa jam kerana
klorin boleh merosakkan sinki dan membuat
permukaan keluli tahan karat menjadi kusam.
Kesan kotoran yang tidak boleh ditanggalkan
dengan mengelap secara biasa boleh digosok
menggunakan berus lembut atau span nilon
dan cecair pencuci. Jangan gunakan pembersih
yang mengandungi pelelas. Bilas dengan air
dan lap menggunakan kain kering.
Sentiasa lap dan gosok sink secara memanjang
semasa mencuci.
Pengetahuantambahan
Jangan gunakan serbuk penyental, pengosok
periuk, peralatan yang keras dan tajam yang
boleh menyebabkan calar pada permukaan
keluli tahan karat. Permukaan yang lembap
akan luntur warnanya jika pengosok periuk,
paku atau kerikil dibiarkan di atasnya. Warna
yang pudar adalah disebabkan oleh bahan
asing.
Bahagian sinki yang kusam akan bersinar
semula jika anda percikkan dengan kapur,
gosok dengan kain lembut dan bilas dengan air
dan lap permukaannya sehingga kering.