User Manual

46
Membersihkan sink keluli tahan karat
Sink keluli tahan karat tidak menyerap
rasa atau bau dan sentiasa segar selama
beberapa tahun jika dicuci secara
kerap dan teratur. Oleh itu, lap sink
menggunakan kain lembap atau span
dan sabun pencuci jika perlu selepas ia
digunakan. Bilas mangkuk dengan air
dan kemudian lap sink menggunakan
kain kering untuk mengelakkan kesan
kotoran mendapan air yang kering.
Anda juga perlu lap sabun pencuci atau
pembersih untuk mengelakkan kesan
kotoran. Jangan tinggalkan cecair
klorus dalam mangkuk atau pada sink
selama beberapa jam kerana klorin
boleh merosakkan sinki dan membuat
permukaan keluli tahan karat menjadi
kusam.
Kesan kotoran yang tidak boleh
ditanggalkan dengan mengelap secara
biasa boleh digosok menggunakan
berus lembut atau span nilon dan cecair
pencuci. Jangan gunakan pembersih
yang mengandungi pelelas. Bilas dengan
air dan lap menggunakan kain kering.
Sentiasa lap dan gosok sink secara
memanjang semasa mencuci.
Pengetahuan tambahan
Jangan gunakan serbuk penyental,
pengosok periuk, peralatan yang keras
dan tajam yang boleh menyebabkan
calar pada permukaan keluli tahan karat.
Permukaan yang lembap akan luntur
warnanya jika pengosok periuk, paku
atau kerikil dibiarkan di atasnya. Warna
yang pudar adalah disebabkan oleh
bahan asing.
Bahagian sinki yang kusam akan
BAHASAMALAYSIA