Owner manual

4
bahasa inggeris
JABRA WAVE
BERMULA
Anda harus mengikuti tiga langkah sebelum menggunakan set
kepala anda:
1. Mengecas alat dengar anda
2. Aktifkan Bluetooth® pada telefon mudah alih anda (rujuk
manual untuk Telefon Mudah Alih anda)
3. Jadikan pembesar suara telefon anda berpasangan dengan
telefon mudah alih anda
Jabra WAVE mudah untuk dikendalikan. Butang jawab/tamat pada
alat dengar menjalankan fungsi berbeza bergantung pada berapa
lama anda menekannya.
Arahan Tempoh menekan
Ketik Tekan sekejap
Ketik Dua Kali 2 Ketik berulang dengan cepat
Tekan Anggaran: 1 saat
Tekan dan tahan Anggaran: 5 saat
MENGECAS ALAT DENGAR ANDA
Pastikan alat dengar anda dicas sepenuhnya selama dua jam
sebelum anda mula menggunanya. Gunakan bekalan kuasa AU
untuk mengecas daripada soket kuasa. Apabila lampu penunjuk
bateri berwarna merah padu, alat dengar anda sedang mengecas.
Setelah alat dengar anda dicas sepenuhnya lampu penunjuk bateri
bertukar hijau padu selama lima minit dan kemudian dimatikan.
Gunakan hanya pengecas yang disediakan di dalam kotak - jangan
gunakan pengecas daripada sebarang peranti lain kerana ini boleh
merosakkan alat dengar anda.
Sila ambil perhatian: Hayat bateri akan berkurangan secara
signikan jika peranti anda dibiarkan tidak bercas untuk tempoh
masa yang lama. Oleh sebab itu, kami mengesyorkan anda untuk
mengecas peranti anda sekurang-kurangnya sekali sebulan.