Owner manual
5
bahasa inggeris
JABRA WAVE
MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN ALAT DENGAR ANDA
- Luncurkan butang hidup/mati ke arah simbol “I” untuk
MENGHIDUPKAN set kepala. Apabila anda melakukannya
kedua-dua penunjuk akan berdenyar pada
Jabra StatusDisplay™.
- Luncurkan butang hidup/mati ke arah simbol “O” untuk
mematikan set kepala.
MENJADIKANNYA BERPASANGAN DENGAN TELEFON ANDA
Alat dengar disambungkan ke telefon dengan menggunakan
prosedur yang disebut ‘berpasangan’. Dengan mengikuti
beberapa langkah mudah, telefon boleh dijadikan berpasangan
dengan alat dengar dalam hanya beberapa minit.
1 Letakkan alat dengar dalam mod berpasangan
- Apabila anda menghidupkan Jabra WAVE untuk pertama kali,
alat dengar akan bermula dalam mod berpasangan secara
automatik - iaitu ia boleh dikesan oleh telefon anda. Apabila
alat dengar sudah berada dalam mod berpasangan penunjuk
status Bluetooth® pada StatusDisplay™ berkelipan.
2 Tetapkan telefon Bluetooth® untuk ‘menemui’ WAVE
- Ikuti panduan arahan telefon anda. Pertama sekali, pastikan
Bluetooth® diaktifkan pada telefon mudah alih anda. Kemudian,
setkan telefon anda untuk mengesan peranti baru. Ini selalunya
melibatkan untuk pergi kepada menu ‘persediaan’, ‘sambung’
atau ‘Bluetooth’ pada telefon anda dan memilih pilihan untuk
'temui' atau ‘tambah’ peranti Bluetooth®.*
3 Telefon anda akan mencari Jabra WAVE
- Telefon anda akan mencari alat dengar di bawah nama
“Jabra WAVE”. Kemudian, telefon anda akan bertanya jika anda
mahu menjadikannya berpasangan dengan alat dengar. Terima
denga menekan ‘Ya’ atau ‘OK’ pada telefon. Anda mungkin
akan ditanya untuk mengesahkan dengan kunci laluan atau
PIN. Kemudian gunakan 0000 (4 sifar). Telefon anda akan
mengesahkan apabila berpasangan telah selesai dan penunjuk
status Bluetooth® pada StatusDisplay™ akan berubah daripada
lampu yang berkelipan kepada lampu yang tetap dan panduan
suara set kepala akan menyebut “connected”.
* Bergantung kepada telefon