Owners manual
103
NOTA: Nama tetapan ini mungkin Kesan corak jika Kunci skrin ditetapkan
kepada Corak.
Animasi cuaca – Tandakan semak untuk menunjukkan animasi cuaca untuk lokasi
semasa atau bandar utama yang ditetapkan dalam Cuaca berdasarkan kemas kini data
auto.
Kertas dinding – Tetapkan kertas dinding Skrin kunci anda. Pilih daripada Galeri atau
Galeri kertas hias dinding.
Jalan pintas – Membolehkan anda untuk menukar pintasan pada Leret Skrin kunci.
Maklumat pemilik – Tandakan semak untuk menetapkan nama pemilik peranti bagi
dipaparkan pada Skrin kunci. Ketik untuk memasukkan teks yang akan dipaparkan
sebagai Maklumat pemilik.
Kunci pemasa – Tetapkan jumlah masa sebelum skrin terkunci secara automatik
selepas skrin tamat masa.
Butang kuasa segera mengunci – Tandakan semak untuk mengunci skrin dengan
segera apabila Kekunci Kuasa/Kunci ditekan. Tetapan ini akan membatalkan tetapan
Pemasa kunci keselamatan.
< Butang sentuhan depan >
Tetapkan Kunci Sentuh Depan yang dipaparkan di bahagian bawah semua skrin.
Tetapkan apa yang dipaparkan, kedudukannya di bar dan bagaimana ia kelihatan. Pilih
kekunci dan susunan, tema dan latar belakang.
< SKRIN >
Kecerahan – Laraskan kecerahan skrin. Untuk prestasi bateri yang
terbaik, gunakan kecerahan termalap yang selesa.
Masa tamat skrin – Tetapkan jumlah masa sebelum skrin tamat masa.
Kesan luar skrin – Tetapkan kesan matikan skrin. Pilih daripada Ringkas,
Lubang gelap dan TV Retro.
Skrin auto putar – Tandakan semak untuk menetapkan telefon secara automatik
memutarkan skrin berdasarkan orientasi telefon (potret atau landskap).