Owners manual

106
Tetapan
< Storan >
STORAN DALAMAN – Lihat penggunaan simpanan dalaman.
< Bateri >
MAKLUMAT BATERI
Maklumat cas bateri dipaparkan pada grafik bateri berserta baki peratusan cas dan
statusnya.
Sentuh ikon cas bateri untuk memaparkan skrin Penggunaan bateri untuk melihat
tahap penggunaan bateri dan butiran penggunaan bateri. Ia memaparkan komponen
dan aplikasi yang paling banyak menggunakan kuasa bateri. Ketik salah satu entri
untuk melihat maklumat yang lebih terperinci.
Peratus bateri – Tandakan semak untuk memaparkan peratusan tahap bateri pada
Bar Status di sebelah ikon bateri.
JIMAT KUASA
Ketik suis Penjimat bateri untuk menogol sama ada Dihidupkan atau Dimatikan. Ketik
Penjimat bateri untuk mengakses tetapan berikut:
Pasang Penjimat Kuasa: Tetapkan tahap peratus cas bateri yang akan menghidupkan
Penjimat bateri secara automatik. Pilih daripada Serta-merta, bateri 10%, bateri 20%,
bateri 30% dan bateri 50%.
ITEM PENJIMAT BATERI
Auto-penyegerakan: Tandakan semak untuk mematikan Penyegerakan auto apabila
Penjimat bateri diaktifkan.
Wi-Fi: Tandakan semak untuk mematikan Wi-Fi apabila data tidak digunakan ketika
Penjimat bateri diaktifkan.
Bluetooth: Tandakan semak untuk mematikan Bluetooth apabila tidak disambung
ketika Penjimat bateri diaktifkan.
Bergetar apabila disentuh: Tandakan semak untuk mematikan maklum balas
sentuhan apabila Penjimat bateri diaktifkan.