Owners manual

60
Kamera
Menangkap fotopantas
1 Buka aplikasi Kamera dan halakan kanta ke arah subjek yang hendak diambil
gambarnya.
2 Kotak fokus akan muncul di tengah skrin pencari pandangan. Anda juga boleh
mengetik di mana-mana bahagian pada skrin untuk memfokus titik itu.
3 Apabila peti fokus bertukar menjadi hijau, kamera telah memfokus pada subjek
anda.
4 Ketik untuk menangkap gambar.
Menggunakan mod Tangkap & Kosongkan
Ciri ini membolehkan kamera mengenal pasti objek yang mungkin tidak diingini dalam
foto anda. Selepas mengambil foto, ketik objek yang digariskan* untuk membuangnya,
kemudian simpan foto.
1 Buka aplikasi Kamera.
2 Ketik > Tangkap & Koso..
3 Ketik untuk mengambil gambar.
4 Ketik mana-mana objek yang digariskan untuk membuangnya daripada foto,
kemudian ketik .
* Apabila mengambil gambar, objek bergerak akan ditunjukkan dalam garisan putus-
putus.
NOTA
• Ambil gambar selepas menetapkan kamera pada satu tempat.
• Jika warna subjek serupa dengan latar belakang, mungkin hanya sebahagian
sahaja dapat dikesan atau ia mungkin sukar dipadam.
• Jika subjek bergerak terlalu kecil atau terlalu besar, ia mungkin sukar
dipadam.
• Jika subjek bergerak secara tidak ketara, ia mungkin tidak boleh dikesan.