Owners manual
65
Menggunakan tetapan lanjutan
Menggunakan pencari pandangan, ketik untuk membuka semua pilihan lanjutan.
Ketik untuk menghidupkan ciri zum Audio. Anda boleh merekodkan bunyi
yang anda inginkan sahaja dengan jelas dan kuat. Selepas menghidupkan
ini, fokus kepada subjek yang anda ingin zum, di dalam bulatan biru. Untuk
zum masuk pada bunyi dan juga pandangan, cubit masuk.
NOTA
• Hanya tersedia dalam pandangan landskap.
• Tidak merangkumi mikrofon di kedua-dua bahagian.
Ketik untuk menetapkan saiz (dalam piksel) video yang anda rakam.
Menentukan dan mengawal jumlah cahaya matahari yang memasuki kanta.
Luncurkan penunjuk kecerahan sepanjang bar ke arah “-” untuk kecerahan
video yang lebih rendah, atau ke arah “+” untuk kecerahan video yang lebih
tinggi.
Memperbaiki kualiti warna dalam keadaan pencahayaan yang berbeza.
Pilih nada warna yang hendak digunakan bagi paparan baru anda.
Aktifkan yang ini untuk menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi
telefon anda.
Tetapkan Kekunci Volum sama ada digunakan untuk merakam atau
mengezum.
Buka panduan bantuan untuk mengetahui cara sesuatu fungsi beroperasi.
Simpan semula semua tetapan lalai kamera.