Owners manual

77
Voice Mate
Voice Mate membolehkan anda berinteraksi bebas tangan dengan peranti anda. Anda
boleh menggunakan Voice Mate untuk menjalankan fungsi telefon dengan suara
anda, seperti memanggil kenalan, menetapkan penggera atau carian web. Apabila
anda mengakses ciri ini untuk kali pertama, ia memaparkan maklumat bantuan untuk
membantu anda mengetahui cara menggunakan fungsi ini.
NOTA:
• Anda boleh menggunakan Voice Mate setelah menyetujui Perjanjian Lesen
Pengguna Akhir dan Dasar privasi.
• Anda boleh melihat contoh pelbagai perintah dengan menyeret skrin utama
Voice Mate ke kiri.
• Anda juga boleh memulakan Voice Mate menggunakan ciri Akses Pantas.
Menggunakan Voice Mate
1 Ketik > > Voice Mate.
2 Ketik untuk menghidupkannya. Sebutkan perkataan yang anda mahu ia
lakukan untuk anda.
PETUA! Gunakan Voice Mate dalam persekitaran yang senyap supaya ia
boleh mengecam dengan tepat arahan anda.
Tetapan Voice Mate
1 Ketik > > Voice Mate.
2 Ketik > Settings untuk mengkonfigurasi tetapan persekitaran.