Owners manual
80
Fungsi
Ciri On-Screen Phone
• Pindahan dan kawalan dalam masa nyata: memaparkan dan mengawal skrin telefon
mudah alih anda semasa bersambung ke PC anda.
• Kawalan tetikus: membolehkan anda mengawal telefon mudah alih anda
menggunakan tetikus untuk klik dan seret pada skrin PC anda.
• Input teks dengan papan kekunci: membolehkan anda menulia mesej teks atau nota
menggunakan papan kekunci komputer anda.
• Pindahan fail (telefon mudah alih ke PC): menghantar fail daripada telefon mudah alih
anda (seperti foto, video, muzik dan fail Polaris Office) ke PC anda. Anda hanya perlu
mengklik kanan pada fail yang hendak anda hantar ke PC dan klik "Simpan ke PC".
• Pemindahan fail (PC ke telefon mudah alih): menghantar fail daripada PC ke telefon
mudah alih anda. Anda hanya perlu memilih fail yang hendak anda pindahkan dan
seret dan lepaskannya ke dalam tetingkap On-Screen Phone. Fail yang dihantar
disimpan dalam kad SD dalaman.
• Pemberitahuan masa nyata: menggesa pop timbul untuk memaklumkan anda akan
mana-mana panggilan masuk atau mesej teks/multimedia.
Bagaimana memasang On-Screen Phone pada PC anda
1 Lawati LG Home (www.lg.com) dan pilih negara pilihan anda.
2 Pergi ke Sokongan > Sokongan Telefon Mudah Alih > Pilih Model (LG-D802) >
Klik OSP ( On-Screen Phone ) untuk memuat turun. Anda boleh memasang
On-Screen Phone pada PC anda.