Owners manual
99
Tempoh panggilan – Lihat tempoh panggilan termasuk Panggilan terakhir, Panggilan
keluar, panggilan Masuk dan Semua panggilan.
Tetapan tambahan – Ini membolehkan anda menukar tetapan yang berikut:
ID pemanggil: Pilih sama ada hendak memaparkan nombor telefon anda pada
panggilan keluar.
Panggilan Menunggu: Jika panggilan menunggu diaktifkan, telefon akan
memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang menjawab
panggilan lain (bergantung kepada pembekal rangkaian anda).
< Kongsi & Bersambung >
NFC – Telefon anda adalah telefon mudah alih berdaya NFC. NFC (Komunikasi Medan
Dekat) adalah teknologi kesambungan wayarles yang mendayakan komunikasi dua hala
antara peranti elektronik. Ia beroperasi dalam jarak liputan beberapa sentimeter. Anda
boleh berkongsi kandungan anda dengan tag NFC atau peranti lain yang disokong NFC
hanya dengan mengetiknya menggunakan peranti anda. Jika anda mengetik tag NFC
dengan peranti anda, ia akan memaparkan kandungan tag pada peranti anda.
Untuk menghidupkan atau mematikan NFC: Pada Skrin utama, sentuh dan
luncurkan panel pemberitahuan ke bawah dengan jari anda, lalu pilih ikon NFC untuk
menghidupkannya.
NOTA: Apabila mod pesawat diaktifkan, aplikasi NFC boleh digunakan.
Menggunakan NFC: Untuk menggunakan NFC, pastikan peranti anda dihidupkan
dan aktifkan NFC, jika ia telah dinyahdayakan.
Direct/Android Beam – Apabila ciri ini dihidupkan, anda boleh memancarkan
kandungan apl ke peranti boleh NFC dengan memegang peranti dalam keadaan rapat.
Hanya rapatkan kedua-dua peranti (biasanya membelakangi satu sama lain) kemudian
ketik skrin anda. Apl akan menentukan apa yang akan dipancarkan.
SmartShare Beam – Boleh menerima fail dari telefon-telefon LG.
Miracast – Pantulkan skrin dan bunyi telefon pada anak kunci Miracast atau TV secara
Wayarles.