Owners manual

100
Tetapan
Penyimpanan Tanpa Wayar – Anda boleh mengurus fail pada telefon anda dalam
komputer atau menyalin fail ke telefon daripada komputer tanpa sambungan USB.
Selepas menghidupkan Penyimpanan tanpa wayar, pastikan telefon dan komputer
bersambung kepada rangkaian yang sama. Kemudian, masukkan alamat web yang
ditunjukkan pada telefon anda di dalam bar alamat pelayar pada komputer anda.
< Penambat & Rangkaian >
Wi-Fi hotspot – Anda boleh juga menggunakan telefon anda untuk menyediakan
sambungan broadband bimbit. Buat hotspot dan kongsi sambungan anda. Sila
"Berkongsi sambungan data telefon anda" untuk maklumat lanjut.
Bluetooth ditambat – Membolehkan anda menetapkan telefon anda sama ada anda
berkongsi sambungan Internet atau tidak.
Bantuan – Ketik untuk melihat maklumat bantuan pada Wi-Fi hotspot dan fungsi
penambatan Bluetooth.
Mod pesawat – Selepas bertukar kepada Mod pesawat, semua sambungan wayarles
akan dinyahdayakan.
NOTA:Anda mesti menetapkan PIN kunci skrin atau kata laluan sebelum anda
boleh menggunakan simpanan tauliah.
Rangkaian mudah alih – Tetapkan pilihan untuk perayauan data, mod & operator
rangkaian, nama pusat akses (APN), dsb .
VPN - Memaparkan senarai Rangkaian Peribadi Maya (VPN) yang telah anda
konfigurasikan sebelum ini. Membolehkan anda menambah jenis VPN yang berbeza.