Owners manual
101
Bunyi
Profil bunyi – Pilih Bunyi, sama ada Getar sahaja atau Senyap.
Volum - Laraskan tetapan volum telefon untuk disesuaikan dengan keperluan dan
persekitaran anda.
Kekuatan getaran – Membolehkan anda menetapkan kekuatan getaran untuk
panggilan, pemberitahuan dan sentuh maklum balas.
Mod senyap – Sediakan mod Senyap anda. Ketik suis Hidupkan mod senyap
sekarang untuk menogol sama ada Dihidupkan atau Dimatikan. Anda boleh
menjadualkan mod Senyap untuk diaktifkan secara automatik dan menetapkan
pengecualian kepada mod Senyap anda.
Menetapkan masa tenang: Ketik suis untuk menogol sama ada Dihidupkan atau
Dimatikan. Anda juga boleh menetapkan hari dan masa untuk menghidupkan mod
Senyap secara automatik.
Tetapan panggilan masuk
Menyekat panggilan masuk: Tandakan semak untuk menyekat semua panggilan
masuk.
Benarkan panggilan berulang: Tandakan semak untuk membenarkan panggilan
berulang dalam 3 minit.
Senarai kenalan yang dibenarkan: Tentukan Panggilan kenalan yang
dibenarkan.
Auto-menjawab panggilan yang disekat.: Tetapkan bagaimana anda ingin
membalas secara automatik kepada panggilan disenyapkan.
Nada dering telefon – Tetapkan nada dering untuk panggilan. Anda juga boleh
menambah nada dering dengan mengetik di sudut atas sebelah kanan skrin.
Nada dering pintar – Tandakan semak untuk menaikkan volum nada dering telefon
secara automatik apabila berada di persekitaran yang bising.
Getaran panggilan masuk – Tetapkan Pilihan getaran panggilan masuk.
Getaran lembut – Tandakan semak untuk meningkatkan getaran secara beransur-
ansur sehingga takat kekuatan semasa.