Owners manual

102
Tetapan
Nada dering berserta getaran – Tandakan semak untuk menetapkan telefon bergetar
di samping nada dering apabila anda menerima panggilan.
Suara Pemberitahuan – Ketik suis Suara Pemberitahuan untuk menogol sama
ada Dihidupkan atau Dimatikan. Jika anda menghidupkannya, peranti anda akan
dimaklumkan panggilan dan mesej masuk secara automatik.
Bunyi Pemberitahuan – Membolehkan anda menetapkan bunyi untuk pemberitahuan.
Anda juga boleh menambah bunyi dengan mengetik di sudut atas sebelah kanan
skrin.
Sentuh maklum balas & sistem – Membolehkan anda untuk menetapkan maklum
balas (nada dan/atau getaran) ketika menggunakan peranti anda.
Paparan
< Skrin utama >
Tetapkan Tema, Kertas dinding, Efek skrin, Benarkan menggelung skrin Utama
atau Paparan menegak sahaja.
Sokongan & Pengekalan Utama – Anda boleh menyandar dan memulihkan reka
letak aplikasi/widget dan tema.
BantuanTepuk untuk melihat maklumat bantuan di skrin Asal.
< Skrin kunci >
Pilih skrin kunci – Tetapkan jenis skrin kunci untuk menjamin keselamatan telefon
anda. Membuka beberapa skrin yang membantu anda melalui lukisan corak buka kunci
skrin. Tetapkan Tiada, Seret, Membuka kunci Muka, Corak, PIN atau Kata laluan.
Jika anda telah mendayakan jenis kunci Corak semasa anda menghidupkan telefon
anda atau membangunkan skrin, anda akan diminta untuk melukis corak buka kunci
anda untuk membuka kunci skrin.
Efek skrim – Tetapkan pilihan kesan leret skrin. Pilih daripada Riak, Titisan embun,
Lubang putih, Zarah dan Kristal.